Saturday, December 24, 2011

bicara teman


Teman

Mungkin kamu penat melayan

Mungkin kamu lelah bertahan

Mungkin kamu hilang kesabaran

Adanya teman

Seperti aku

Banyak songehnya

Banyak susahnya

Tiada meneyenangkan

Manakan tidak

Kalau hari2 kita bersama hanya kesedihan aku kongsi

Tak mampu aku kongsi kegembiraan

Kerana liku hidupku hanya kedukaan

Kesusahan

Tiada dapat kau menumpang

Aku saja

Yang tidak malu menumpang

Denganmu teman

Teman

Malam ini

Buat aku berkira-kira

Dalam akaun persahabatan kita

Berapa nilai kegembiraan yang aku berikan?

Dan berapa banyak kesusahan yang aku hadiahkan?

Nyata, hadiah kesedihan itu banyaknya melampau

Kegembiraan itu seperti tiada

Malam ini

Aku terfikir

Apa nilainya aku untuk hubungan ini?

Ada nilaikah?

Atau aku ini hanya sandaran?

Atau sekadar melukut di tepi gantang

Yang sudah jemu dipandang

Tiada apa-apa kesan pada mereka

Pada kamu

Banyak sekali

Naluri ini merasa

Ada yang tidak kena

Rasa seperti aku ini buangan yang mahu disorok

Buang secara terbuka bimbang terluka

Mungkin kerana aku manusia

Aku ada rasa

Terima kasih kerana tidak kejam

Tapi, malangnya

Rasa ini membunuhku

Aku seperti terbau buangan itu

Sampai bila aku perlu tidakkan kata hati?

Mengalah kerana sayang?

Tapi sayang dibalas benci?

Menyampah? Jemu?


p/s : andai sampainya waktu, aku harus tinggalkanmu, akan aku berlalu bila tiba saat itu..:(

Thursday, December 22, 2011

...sambungan

gambar masa jadi PPSL...huhuhu

Sampai je kat USM, Cik Qasa join kursus untuk jadi Pembimbing Program Siswa Lestari (PPSL). Berbanding sidang lepas, kursus untuk sidang ni lagi singkat disebabkan kekangan masa. Kekangan masa ni wujud sebab perubahan jadual cuti dan permulaan semester. Ditambah pula dengan pertindihan dengan Hari Raya Aidilfitri.

lupe lak nak gtaw, PPSL ni tanggungjawab dia membantu adik2 baru yang datang mendaftar di USM bermula dari saat dia mendaftar, sepanjang minggu PPSL n selamanya selagi boleh membantu..sebab tu moto PPSL "dulu, kini dan selamanya"..sonok jadi PPSL..time kasih USM sebab bagi peluang..banyak kenangan suka n air mata jadi teman sepanjang jadi PPSL terutama pada sidang lepas..huhuhu

Sebelum tu, masa nak datang sini, abah n adik serta kawan2 anta Cik Qasa dekat Machang untuk naik bas. Masa tu wase cam berat hati cikit nak datang USM sebab cuti panjang kott, 4 bulan law tak salah, tapi ditolak dengan praktikal selama 2 bulan, maka tinggallah 2 bulan baki cuti di rumah. So, jadi agak berat hatilah..kalau sebelum ni Cik Qasa memang tak pernah cuti lebih dari sebulan kat umah. Sekarang ni bila dah dapat banyak, rasa cam nak banyak lagi..hahahaha..

Masa minggu PPSL ni, tidak banyak yang melekat di hati..Cuma teringat kenangan tidur di bilik gerakan induk, malam2 makan megi, ada si dia n si dia n si dia..yang paling tak leh lupa bila kami tidur di bilik beradu pompuan..ada plak yang jelezz tengok kami tidur..dia pi kacau kami (cik qasa n cik huda) tidur..adoyaiiiii..taw tak nape dye kacau???sebab dye xleh tidur, n sebab dye tak leh tidur semua orang pun tak leh tidur..bole teka tak sape dia???hehehe..kisah dia ada cik qasa gtaw dalam post tentang sahabat..carilahyer..hehe

..ada satu malam tu si dia tu pun ada datang tidur kat bilik gerakan induk..yang paling tak leh lupa sal dia, ialah cara dia tidur macam baby..hahahahaha..tapi yang tak macam babynya apabila dia berdengkur..riuh sekampung..huhuhu..sape yang nak jadi isteri dia, fikir dua tiga ratus kali dulu k..juz kidding..anyway, he’s gud prem

..dalam minggu ni jugak jaket PPSL Cik Qasa yang tertulis nama “CIK QASA” hilang…huhuhu..sangat2 sedih..memangla hanya jaket n law nak beli je yang baru pun boleh..tapi nilai dia dah tak sama..sape yang jumpa jaket tu saya sanggup kahwin ngan dia..hahaha..macam Cinderella ckit..jgn kata cik qasa peran plak..gurauan semata2

..masa hari kejadian (jaket hilang), ada kejadian lain yang berlaku..masa tu cik qasa demam n terlantar kat desasiswa fajar harapan..izwan ali as a penghulu col n cik qasa gtawla cik qasa demam. Yang lawaknya bila izwan ali p col ajk kebajikan, yang namanya shahir untuk bawa cik huda yang masa tu tengah tidur kat bilik gerakan induk untuk ke klinik..izwan ali dah kompius kat ctu nampaknya..adoyaiiii..yang siannya, dua insan yang tidak bersalah, iaitu shahir dan cik huda..shahir dengan cemasnya masuk bilik gerakan n berusaha sedaya upaya utk kejutkan cik huda, n pujuk utk bawa cik huda p klinik..cik huda pun bgtawla y dia tak nak p klinik sebab dye tak sakit..huhuhuhu..

Hmmm..walaupun dah lama berlalu, tapi cik qasa masih mengharapkan yang jaket cik qasa tu dijumpai..huhuhu..sedih n sangat sedih..rasa cam hilang kekasih plak..hohhoooo


p/s : putera idaman, tolong carikan, bole x???

Friday, October 21, 2011

sambungan

cerita yang disimpan

jeng2..xjanji cik qasa nak makeup cik masamanis ni tergendala utk sketika..sowy...

kembali pada cerita y disimpan utk yang ke :::


second

Masa mula2 daftar utk sem 5, jap2..sebelum datang penang dulu k..masa hampir sebulan dok umah..disebabkan xjadi plan utk jadi jutawan berjaya di Jusco Maluri, cik qasa pun balikla ke desa terchinta dengan hati yang redha n pasrah..ada hikmah disebalik setiap kejadian kan...
di kampung ada banyak yang berlaku n ada hikmah di situ..

masa dok kat umah tu, dalam perjalanan menjadi manusia dewasa, cik qasa ditemukan dengan seseorang..Alhamdulillah, kenalan bertambah.Ramai yang dok bising2, dok kecoh2 kata orang tu hensem..bila cik qasa tengok, sempurna ciptaan Allah..tapi utk kkecohan yang ditimbulkan tu, hati cam agak menafikan..mungkin cik qasa punya pandangan berbeza dengan mereka..mungkin y tak hensem bagi orang tu hensem bagi cik qasa..kan3??? bukan nak kata taste tu tinggi, tapi setiap orang lain pandangannya..lagipun cik qasa taw cik qasa ni tak seberapa..:)
setelah beberapa ketika, cik qasa setuju utk mencuba dan mengenali hati budinya. cik qasa tak nafikan dia lelaki yang baik. malangnya cik qasa bukan perempuan yang terbaik untuk dia..moga bahagia dengan y lebih sempurna..

mungkin juga kerana cik qasa rasa cik qasa belum bsedia..huhuhu..masa tu cik qasa rasa cik qasa masih anak ma n abah..xmo ada sapa2 lagi..tapi jauh di sudut hati, teringat pulak mimpi2 dulu..huhuhuhu..(Law betullah dia jodoh cik qasa, moga itulah yang terbaik..Dia Maha Merancang..yang menentukan segalanya..law bukan dia, moga mimpi2 itu cepat pergi dari lena cik qasa)
kita sebagai manusia perlu banyak2kan berdoa..
dalam dok kecoh2 ni, dah ramai kawan y kawin..sedihnya, nanti law sume dah kawin, sape plak y cik qasa nak ajak p mnikmati zaman bujang???huhuhu
ada y tanya :
penanya :bila nak kawin?
cik qasa : lambat lagi..calon pon xdop lagi..
penanya : ko memilih sangat kot..nak y camne lagi ni??ceciter..
cik qasa : hanya mampu senyum..huhu


mmmmm...ini jawapannya..memilih itu perlu..cuma sejauhmana kita memilih itu y jadi tanda tanya..
cik qasa taw cik qasa tak seberapa, insan tak sempurna,bukan model jelita atau anak orang kaya..tapi cik qasa ada mata, ada suara n ada deria yang membantu nafsu manusia cik qasa utk menetapkan bberapa syarat y boleh cik qasa jadikan sandaran utk mencari temann..hehehe...tapi ini hanya impian atau angan2 atau keinginan bkn kewajipan..sume Dia yang tentukan..kita hanya merancang..n ini kalau bole ok..kalau bole cik qasa nak y sperti berikut...:
1..law bole, tak mo y merokok ( y merokok dun wery, anda ramai pilihan di luar sana, jgn marah cik qasa yer..hehehe)..cik qasa pun cam prasan lak, cam la ada orang nak kat dye kan..hohoho..xperla law xde orang nak..huhuhu
ada sebab nape cik qasa tak nak (law bole la) y merokok..selain xnak meratapi nasib pada usia muda, cik qasa tak nak anak2 cik qasa nanti jadi yatim sebelum masanya..(mmgla jodoh, ajal, di tanganNya..tapi tak salah law kita berusaha dan mencegah sesuatu y buruk kan????)
2. law bole, cik qasa tak nak lelaki2 y hensem..sebab nanti bila bersanding nanti, kecoh plak orang dok bercerita, apasall la si lelaki nampak lagi ada rupa bbnding y pompuan???sbb tak nak jadi buah mulut orang, so cik qasa xnak la y encem2 ni..biarla y encem tu dok di tepi y cantik2..cik qasa ni xder rupa model jelita..huhuhu..
3. law bole, cik qasa tak nak orang yang asalnya dari keluarga berada atau kaya raya..sebab keluarga cik qasa bukan berharta..kami orang biasa2 je..hidup sederhan dan gembira..cukuplah apa adanya...nnti law kawin ngn org kaya, takut kuarga mertua tak terima..hehehe.. (terpengaruh ngan drama la plak kan..)
4. law bole, taknakla kawin dengan kuarga bangsawan, tokoh korporat o sbgnya y sewaktu dengannya...sebabnya cik qasa orang biasa..mana nak setanding dengan orang y luar biasa..huhuhu

jadi, marilah kita sama2 berdoa, moga kita bertemu dengan pasangan kita, y sememangnya telah ditentukan..ingat, kita sebagai manusia hanya mampu merancang..tapi Dia yang tentukan..seandainya perancangan kita tak jadi kenyataan, jangan jadi tak keruan..perancangan yang terbaik adalah dariNya..

cerita y dismpan

Diam tak diam, bising dah bising, hari ni hari terakhir untuk minggu keenam semester 5 pengajian Cik Qasa di USM...wah, satu sem lagi yang perlu diperjuangkan...(pasal habis2 sem nak simpan dulu)..coz ada banyak benda yang nak diceritakan dalam cik masamanis nie..

first

bila habis je praktikal, plan nak keje sekejap kat jusco maluri..nak cari duit poket buat raya..hehehe..dah dapat kebenaran ma n abah..dah p ambik borang n siap isi dah..cik qasa nak keje bersama cik maton n cik nurull..tak sampai 2 hari selepas isi borang, ma col..ma cam berat hati nak bagi cik qasa keje..so, cik qasa pun berbincang elok2 dengan besprem cik qasa yang comel lg cute, cik amalina utk balik kg bersama2 n xplain elok2 kat cik maton n cik nurul kerana niat utk jadi jutawan terpaksa dibatalkan.

jadi kami pun p la beli tiket..dalam perbincangan kami, kami sepakat membawa berkat utk balik ngan ketapi y sgt syok law naik sbb ada muzik dan irama daripada tayar ketapi yang xpenah pancit yang bergesel dgn rel..sgt best..pada hari kjadian, iaitu hari nak balik kg (tarikh xingat, tapi tiket kol 8.30mlm), kami tlewat sampai ke stesen ketapi...huhuhuhu..n then kami xboleh balik pada hari kejadian..sedihnya...sob3..dahlah siap packing sume barang (dlm 50 bag), dah siap peluk2 n nangis2 nak berpisah ngan tati n kak ina..huhuhu
dengan muka yang merah pakai blusher semulajadi, kami pun balik semula kat pandan jaya..malu3..kami dah beli tiket ketapi pada esok hari..kami berazam utk trun awal pg esok utk ke stesen ketapi..
esoknya, kami p jln2 kat masjid jamek dulu b4 p stesen..sempat gak beli beberapa helai tudung utk bagi kat ma y tersayang..jam 6 petang kami dah smpai kat stesen walaupun tiket jam 8.30..(cam nak naik flight lak kan..)..hehehe..takut peristiwa berulang..baru je menjejakkan kaki ke stesen, tiba2 dengar pengumuman dibuat..ni ringkasan pengumuman y dibuat "ketapi yang cik amalina n cik qasa nak naik tpaksa dibatalkan penerbangannya kerana ada tanah runtuh semalam)..terduduk kami seketika..kat umah persiapan kenduri dah dibuat utk menyambut kepulangan kami yang dah bertahun2 tak balik..adoyaiiiiiii..nak nangis pun ada..dalam masa y sama kami bersyukur sebab kami tertinggal ketapi semalam coz law kami naik ketapi semalam, kami terpaksa mengangkat 50 bag kami y penuh barang ke dalam bas..sebab penerbangan tpaksa dihentikan separuh jalan sebab ada awan (tanah) runtuh..syukur...
bincang punya bincang dengan cik amalina, cik qasa n cik amalina membuat keputusan untuk balik hari tu gak sebab takut gulai kenduri kat kampung basi. kami tukar rancangan utk pengangkutan..kami akan naik bas...yezzzzaaa n sedih..suka sebab leh balik gak walaupun tukar plan..sedih sebab nak naik ketapi, tp tpksa cancel..huhu..
kami pun p kat hentian putra utk balik ngan bas..p beli tiket n buat apa y sepatutnya..p kat sana, ketika menunggu bas sampai, sume org cam tengok pelik kat kami..maklumla beg2 kami lebih besar dari kami..bila cik qasa n cik amalina nak naik bas, cik qasa cuba angkat beg utk letk kat tempat letak barang (xtaw nama khusus) tapi xtrangkat langsung..last2 abg bas y tolong angkat..masa dia angkat beg cik qasa, cik qasa tengok muka abg tu merah giler..otot2 dia cam keluar...urat2 kat muka punleh nampak..cam dia berpeluh sdikit n banyak gakla...hehe..lucu tgk muka dia..nak tgelak pun ada..n then abg tu tnya kami.."balik ni xnak mai dah ka?"..hahahahahahahaha..beg tu siyes berat gila..sian abg tu..balik umah mesti sakit pinggang..sowy na, kami memang balik xnak mai dah..
akhirnya kami selamat sampai di rumah masing2 setelah menempuh dugaan y agak mendebarkan dan meluluhkan jiwa...kredit to abg kepada cik amalina y sudi menghantar kami ke stesen n hentian putra..mekacih banyak2...


second

cik qasa citer lain kali erk..mata cik qasa cam ngantok la plak kan..sat g nak p klas praktikal lak..nanti malam cik qasa sambung balik k..dadada cik masamanis..sayang kamoooooooo..

Friday, July 15, 2011

Kenanganku kenanganmu kenangan kita bersama

Assalamualaikum dan salam buat sume..

Alhamdulillah, setelah mengharungi 7 minggu 6 hari, maka tibalah hari ini hari terakhir menggenapkan praktikal aku di sini selama 8minggu. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar.

Tapi ada beberapa detik yang berlaku sebelum ini yang buat aku, amalina dan kak maton berat hati untuk meninggalkan Kosmo!.

Detik pertama :

-sebelum mengambil keputusan untuk memasak spageti, kami telah mencadangkan beberapa jenis menu (cam bykla kan..hohoho) untuk jamuan hari tu..nak buat laksa penang, ikan plak susah nak cari. Nak buat nasi kerabu, kelapa plak yang jadi masalah. Akhirnya, sedang kami meneroka alam Jusco ternampak Miss Spageti yang sedang syok beradu di rak barang.
Akhirnya salah seorang daripada kami mencadangkan untuk memasak Spageti. Aku on je..tapi tak berapa yakin..hoho..mmg besa masak benda tu, tapi takut taste org tak sama ngan kita. akhirnya kami mengambil keputusan untuk melakukan TESTIMONI (hohoho) masak spageti.
Malam tu jugak masak spt y slaloo dibuat n kami meminta jasa baik akak serumah utk jd subjek y akan try mskn kami.
.Alhamdulillah, green light menyala..maka jadilah kami memilih Miss spageti utk dimakan pada hari selasa.
Bukan masakan itu pokoknya, kami sebenarnya sangat2 sedih n tharu bila tengok mereka makan. Rasa cam nak nangis pun ada. Nanti tak dapat masak dah utk korang.
Kemudiannya, pada hari rabu, kami telah berjumpa dengan penyelia kami En. RadzuaN Hassan ( kat cni nama glamor Apot) tapi kami panggil nama sebenar walaupun niat dihati nak panggil gelaran "ayah" . Kami berjumpa dengan dia buat kali terakhir sebelum habis praktikal kerana Apot akan cuti selepas rabu. Waaaaaaa, tiba2 menangis...adoyaiiiiiii..masa tu jugak nak hujan kan..
jangan kata aku manja..sensitif sikit law bab2 berpisah ni..touching2..hohoho
aku masih ingat masa ma n abg hantar aku kat usm masa 1st year, menangis sampai bengkak mata.bkn tak penah berpisah n dok jauh, tapi besala mmg aku ni xbole menghadapi saat2 ppisahan tu..huhuhu
baru2 ni gak, masa kawan (kak huda) anta aku p sungai nibong ( masa tu aku nak balik umah) bole plak aku nangis kan..walhal pasni akan jmpa ag..tu la dia..aku memg sensitif..tapi aku bkn lemah taw..nampak lembut tapi aku Qasa taw..hehehe
Banyak sebab kami sedih bila dah nak pegi dari Kosmo!. Antaranya :

-biasanya awal2 dlu, lam kol 6.50 o 7.ptg aku n amalina (wakil) akan p mntak ngn ayah (En Radzuan) untuk balik. Ada satu masa tu, ayah kata, "tak elok balik senja2. balik la jap2 ag. Pastu dye kata pas smayang magrib balikla". Buat pengetahuan ayah, masa tu kami sangat2 touching giler. Rasa cam ayah sendiri. Time kasih Boss. (nak panggil ayahla plak..)hehehe
Susah nak tengok ayah (xpe kan..hehehe) marah. tegur ngn berhemah..alhamdulillah..
ada satu masa tu, kami g buat permohonan ngan ayah, kami kata law bole nanti jadual utk off day, biar ada dua orang kat opis. Bukan sebab kami takut p asgmnt sorg2,p asgmnt sorg2 xpe, sbb siang kn..cuma kami memang takut giler bila time nak balik umah..huhuhu...tambah plak ada sajian cerita y menarik dan beraksi y mnambah rasa takut kami. kami kan budak praktikal, balik umah naik taxi o bas, pastu naik lrt..sebelum naik taxi kna jalan kaki dulu.. masa jalan kaki tu la y paling menakutkan bagi kami..huhuhu..tambah plak ada anjing..seram lol..time kasih ayah sebab faham..time kasih sgt2..
sume orang kat cni baik2..
masih terngiang-ngiang ayat abg yunus "eiiii, budak praktikal ni slalu nak sentap"..hehehe..kami taw abg yunus saje je kan..ayat je kasar, ganas, tapi hati baik..thanks abg yunus utk sume ptolongan..time kasih gak buat abg fifi..tringat kenangan operator lrt "pandan jaya"...maklumlah p keje balk keje naik lrt..pengaruh..
tak sempat nak bermesra ngan sume orang, tempoh dua bulan y singkat tapi banyak kenangan n pengalaman..yang pastinya kami akan merindui anda sume..kak pearl, kak kamilah, kak suhana y, kak suhana v, kak jega, abg hisham, abg jun, abg hakim, abg yunus, abg kumara, abg aizim, abg long, lili, kak izyan, abg fifi, abg aziran,kak des, kak muni, kak syanika, abg ikhsan, abg fazli, para editor, boss ( en haradian, en romzi, en hamdan, en samsor, en jamdi, en zaid, en mir arzeri, en azimi, en zunhairi, en wan hasnan,en lokman, en Mohd Noor, en baharom n ayah kami.. n warga foto, abg fatah, che wan, en azhar, n lain2 y sgt baik n mesra,

sat g sy smbung citer balik ye..nak ambik feel jap..hehehe

Wednesday, July 13, 2011

note for myself

Note from someone

Aspire to reach ur potential
belief in urself
create a gud life
dream about what u might become
exercise frequently
forgive honest mistake
glorify the creative spirit
humor urself and others
imagine great things
joyfull life each days
kindly help each others
love one another
meditate daily
nurture the environment
organise for harmonious action
praise performance well done
question most things
regulate ur own behavior
smile often and sing if u can
think rationally
understand urself
value life
work for the common good
x-ray and carefully examine problem
yearn in improve
zestfully pursue happiness

Friday, July 8, 2011

kenangan indah itu (KOSMO!)






kenangan semasa Hari Himpunan Bintang


Alhamdulillah.
hari ini sudah genap tujuh minggu aku, amalina, dan halimaton menjalani latihan praktikal di Kosmo!.
Kalau pada awal minggu (minggu pertama) kami mendoakan supaya masa praktikal ini cepat-cepat berlalu. Tapi menjelang minggu-minggu terakhir ini kami rasa ada sesuatu yang membelenggu. Sepertinya tidak mahu pergi malah ingin terus berpraktikal di sini. Bagi aku, sesiapa yang tidak mahu atau melepaskan pleuang untuk berpraktikal di sini adalah satu kerugian yang amat besar.
Jangan tanya kenapa. Hanya yang pernah menjadi sebahagian daripada keluarga Kosmo! ini sahaja yang tahu betapa hebatnya berada di siNi. Bukan mahu mengangkat bakul atau mejulang nama, tapi inilah kenyataannya. Walaupun tempoh yang singkat (2BULAN) tapi banyak benda yang boleh kami belajar. Aku mengaku pada awalnya, kami agak pasif dan kurang bercakap. Mungkin perasaan kami yang pada awalnya melihat wajah-wajah senior yang menggerunkan kami. Bukan wajahnya tidak elok atau sombong, tapi kami yang menakutkan diri kami sendiri untuk menegur mereka. Alhamdulillah, senior-senior di sini sangat-sangat baik. Yang paling penting, mereka sangat mudah dan rajin memberi ilmu jika dipinta. Tidak rugi sebenarnya kalau banyak bertanya walau pada awal2nya kami menghafal skrip selama 5 minit terlebih dahulu untuk bercakap dengan para senior.hehehehe (memang gementar gila). Tujuan hafal skrip ialah :
-takut tersalah tanya
-takut ayat tak cantik
-memang sebab takut
Bermula pada minggu pertama, kami terus sibuk dengan kejohanan Rentap Futsal Kosmo!. Sebenarnya kami bernasib baik kerana praktikal kami pada masa kejohanan ini bakal berlangsung kerana kami boleh turut terlibat sama dengan persiapan atau gerak kerja (walaupun tak banyak membantu). Kami juga turut ada rakan praktikal daripada UMS, kak Zida n Kak Dija yang sangat2 baik dan tidak kedekut ilmu. Mereka lebih pakar berbanding kami kerana mereka terlebih dahulu menjadi family Kosmo dan lebih lama praktikal (6bulan).Sekarang mereka dah habis..(miss them so much!!)
Pada hari pertama, kedua n ketiga praktikal, kami dapat belajar menjadi seorang operator dan PR.HEHEHE.. Kami kena col syarikat2, badan2 atau sape2 je untuk pujuk join kejohanan ni n tukar kategori kejohanan.
Sangat2 banyak cabarannya sebab kita berdepan dengan manusia yang ada jiwa. Kalau tersilap cakap mungkin kena marah sebakul dua itu sudah jadi kebiasaan (tapi bukan kna mrah ngn bos) kena marah ngan orang y kami col.huhuhu
Waaaaaaaaaaaaaaaa, rindunya saat2 jadi operator. Bila dah tiba saat2 genting, masa nama 210 pasukan yang digugurkan daripada kejohanan, masa tu paling mencabar sebab memang lebih daripada 2 bakul kena marah ngn pasukan2 futsal. mungkin lebih daripada 1 trak..hohoho..papepun, nasib baik cakap dalam fon..
Disebabkan kami terlibat dengan rentap futsal, sepanjang minggu pertama ni kami tak diberi tugasan luar.
Pada minggu kedua, kami mula dapat tugasan. Aku dapat tugasan bersama senior yang sangat berpengalaman kat Kosmo! ni. waaaaa, perasaan pada awalnya sangat2 takut. Bila p asgmnt, alhamdulillah, sume ok.
Balik je kat opis, senior y buat berita. Nak dijadikan cerita, ,masa tu senior dh balik. Aku, amalinan n halimaton balik lewat ckit,tiba2
SitI nOOR kAsAnaBilAH!
sTI nOOr!
Kasanabilah!
aLAMAK
bos panggil..alamakkkkkkkkkkkkkkk...takut...cheq takut
bos nak kompomkn sal maklumat y aku n senior p asgmnt td...takut2..
lepas je kejadian tu, aku memang pantang kalau dipanggil oleh bos..terus jadi takut..hahahahhahaha
tapi, lama2 dah jadi ok ckit. Senior sangat banyak memberikan nasihat n tunjuk ajar. rupa2nya bos n semua orang kat family ni sangat baik..huhuhu...ada y muka je nampak garang, tapi hati baik. muka bengis, tapi wah jiwanya lembut. ada y suka mengusik, bergurau. tapi y buat kami terkilan ialah kami dah nak habisssss praktikal..
minggu kedua terakhir, Kosmo! anjurkan Hari himpunan Bintang,kami pun turut menjadi salah sorg sekretariat. Sonoknya.....Bos cakap memang kami bertuah sebab ada masa Kosmo! anjurkan 2 event besar ni. Banyak y boleh kami belajar.
berat je hati nak hbiskan praktikal..
Balik nanti misi kami nak suarakan pada skol utk panjangkan tempoh praktikal n nak sebarkan pada para junior supaya memilih Kosmo sebagai plihan pertama untuk mjalani praktikal. Kami mahu para junior merasai pengalaman kami y sgt2 best ni..
i luv kosmo!..buat family Kosmo!, moga kita ketemu lagi..syg kamooo sume..

Wednesday, July 6, 2011

kisah seorang sahabat 8- kisah kita





USM jadi saksi perkenalan. Pada minggu orientasi, memang kita tidak saling kenal. mula kenal nama melalui MPDFH. Pada tahun pertama, saya masih ingat, saya tidak begitu rapat dengannya walaupun satu organisasi. Mungkin pada masa itu jawatan sy sebagai s/u kerja dan awak dlm biro menyebabkan sy dan awak tak begitu rapat. sy tiada biro dan kawan2 sebiro.huhuhu namun, bila hampir tamat semester pertama, sy dan awak mula rapat. mungkin disebabkan beberapa peristiwa yang buat sy jadi makin kenal dan ambik kisah pasal awak. sy kesian dan tidak tahan melihat situasi tersebut. sy paling ingat awak tak suka kalau orang panggil awak ahmad kasan (xtawla btul x eja nama). tp sy xnafikan y awak mmg ada iras dye..hehehe.. kita sama2 berjuang n tahan perasaan serta bkongsi pengalaman n cerita masa Bakti siswa kat raub, pahang. masa tu n slpas tu mmg kita jadi sangat2 rapat. buat awak (sahabat sy) awak ingat tak lagi masa kita sama2 bjuang cari duit utk p beijing???huhuhu sedih kan?? masa tu kita dah hampir2 putus asa n putus harapan utk ke beijing. namun atas sokongan awak, sampai gak kita kat beijing kan..(antara kenangan terindah sy masa di usm) pastu kita jadi makin rapat masa semester dua hinggalah sekarang (harap kawan smpai bila2) kita mungkin jadi makin rapat bila kita menghadapi masalah y sma, ditentang orang y sama.. kita dan mereka (tmasuk kak huda) sangat2 rapat. kita saling pertahankan kumpulan kita. sebab kita tida sesape..hanya ada kite..alhamdulillah kita mmapu bertahan. saya paling tak tahan bila tengok kebaikan awak selalooo diperguna..(xmo camtu dh ok??) antara kenangan kita berdua, kita slalooo kuar malam2 pas meeting atau time free smata2 nak mengadu masalah atau mendengar cite salah sorg shabat sy (a.w bkn nama sbenar). awak mesti ingat kan bila kte syok dok bcerita kat a.w, bole plak dye ttidor kn??..hehehe awak slalooo bertekak n btentangan pendapat ngn a.w..kdg2 lucu gak tgk gelagat awk berdua..sy lebih suka jd pmerhati..dk tgh2 je..hehehehe tp kte tggalkan kisah a.w dlu..skrg maw cite byk2 psl awk.. dlm MPDFH, sy mmg sgt2 btime ksih pd awk..awk adlh tulang blkg kami (wawan,dada,bubu,sasa,zaza,syisyi).awk tulang belakang kami.tak taw kalu awk xde, mcmmna kami. kite bkerja bkn atas dasar jwtn.kte bkerja atas dasar pjuangan.awk sgt2 baik.wlpn kdgkala awk sedikit terkilan atau merajuk, tp awk akan cpt cool..sbb kita dan mereka adalh sahabat. awak, antara org y tpksa mnadahkan telinga bila sy bercerita tentang kisah duka..dan mungkin, awk dan mereka adlah watak2 dlm cerita duka itu..kita hanya burung kecik y baru pandai terbang. sudah didoa utk jatuh tsungkur..tp kita setia dan sabar belajar utk terbang. terbang stakat y kte mampu..skrg kte sudah nmpk dunia wlpn bkn seanteronya. antara kenangan y sy xkan lupa bila bercerita tentang awk : 1- awak selalu merungut sebab awk selalu kna mrah ngn pak cik gani atau org opis..hehehe (sebab awk antar org y rajin naik opis) - sy mntk maaf erk..slh kami awk y kena..huhuuh 2- awk mmg sgt setia bila sy ajak utk jd peneman bila sy nk kuar jmpa seseorg....(thanks ye) 3- awk slalu bawak keta law kte nk kuar p mana2 (sbb awk ada lesen..sy xde..hehe) 4- dlm mpdfh, peranan awk mmg mngalahkan kmi MT (awk mmg tulang blkg n org kuat MPDFH), tnpa awk kmi n mereka xkan cmni..time kasih awk.. 5- time kasih sbb pkenalkn tempat2 kat penang kat kmi..awk ibarat pmandu pelancong kami 6- sy masih ingat, bila sidang 2009/2010 sem 11, awk jd konduktor utk kawad n awk juga y handle tarian n pbentangan utk lawatan amal kat beijing..
7- y paling penting wlpn awk bkn sekretariat atau pengarah utk sesuatu projek, kerja y awk buat mngalahkan pengarah projek...time kasih byk2..
- time kasih utk segalanya..
.izwan ali imran wazani..my best prem..

insyaAllah

Kawan
Tak semua kawan boleh jadi teman. tak semua teman boleh bersama dan seiring sejalan dengan kita bila kita dalam kesusahan. Aku menganggap semua orang sebagai kawan walaupun secara fizikalnya aku kelihatan seperti tidak mesra alam. Yang sudah mengenali , mereka mungkin tahu yang aku ini jenis yang bagaimana.

Aku sangat menyanjungi seseorang yang aku gelarkan sebagai sahabat. ( sahabat aku kategorikan sebagai seseorang yang sentiasa boleh menerima aku seadanya, boleh menerima kebaikan dan keburukan aku tanpa mempertikaikannya, seseorang yang boleh menjadi tongkat bila aku tempang, boleh menjadi payung bila aku dilanda hujan dan yang paling penting boleh jadi "spek mata" kala aku rabun.

memang susah untuk mencari orang sebegitu. sangat-sangat susah.
Alhamdulillah, walaupun tak cukup seribu, Aku bersyukur kerana sepanjang hayat jasad yang masih bernyawa ini , aku banyak ditemukan dengan sahabat-sahabat yang sangat mengerti. Bermula dari zaman persekolahan sehinggalah sekarang ( awal 20-an).
Bila kita dilanda cabaran dan dugaan kita sepatutnya dan wajib bersyukur sangat.jangan tanya kenapa aku cakap camtu kerana aku akan jelaskan di sini dengan pengalaman-pengalaman aku masih tak banyak untuk mengukuhkan hujah aku..heheheh
aku masih ingat, ketika aku masih di sekolah rendah, aku ada beberapa orang kawan (lebih kurang grup la lam 5 o 6 orang). Nama2 kawan aku, ayu, shikin, you, leni,wana, elah . Dalam grup ni ada yang rapat sangat dan tak berapa rapat.. tapi kami memang antara yang berpengaruh dalam kelas kami. masa darjah 5, kami tinggal kat asrama.
nak dijadikan cerita, kami ni walaupun rapat tapi selalu bergaduh, sampaikan pernah aku dan kawan tempah (tempahan haram) satu kelas kosong kat sekolah untuk dijadikan medan kami bertumbuk..hohohohoho (check punya check, ada orang jadi batu api) tak patut betul.aku masa dulu2 memang jenis yang tak berapa nak fikir panjang n cepat melenting tambah plak mulut aku agak laser dlu.selepas satu kejadian (aku xboleh ceritakan) buat aku jadi lebih matang dan menjaga kelakuan.
kejadian2 ini buat aku lebih hati2 untuk berkawan dengan orang.
kejadian yang paling tragis bagi aku ialah semasa di sekolah menengah. masa tu aku perasan ada pandangan mata yang tidak begitu menyenangi aku. kerana apa aku tak pasti. pandangan seperti ada unsur kebencian. rupa2nya, ada orang yang memburuk2kan aku dan teman2 rapat aku (along n achik). adoyaiiiiii
aku jadi pening n agak nak marah masa tu. aku pergi jumpa seseorang yang berkenaan dan cuba selidik apa yang berlaku. rupa2nya salah seorang kawan, yang aku anggap sahabat yang menjadi dalang. hanya angkara cemburu, sanggup mengkhianati persahabatan ini.
aku memang rasa sebak, nak nangis n sakit hati. aku memang pantang orang yang khianat. aku isytiharkan perang ngan orang tu. tapi dalam hati masih sayang sebagai seorang yang pernah bersahabat. aku hanya mahu dia mengaku apa yang dia buat dan aku akan maafkan dia. aku bukan jenis yang hipokrit mulut melafaz maaf tapi hati berkesumat dendam. hampir dua tahun aku tak bercakap dengan dia. Akhirnya, semasa tingkatan enam, aku berlapang dada dan memaafkan dia. Alhamdulillah, maaf yang sesungguhnya, lahir dari hati. sampai sekarang kami masih berhubungan. moga dia bahagia.
sepanjang berada di kampus, lagi banyak ragam kita kan jumpa kerana banyak orang yang ada. yang paling aku tak tahan, bila ada yang pandai berlakon dan hipokrit.
buat2 baik dengan kita sebab ada benda yang dia nak untuk kepentingan dia. mungkin juga baik dengan kita sebab nak tahu rahsia atau apa-apa sahaja untuk kepentingan dia. yang paling tahan orang yang jenis pentingkan diri sendiri. untuk menutup kesalahan atau kekurangan dia, sanggup jadikan orang lain sebagai taruhan.
sudah lumrah, manusia akan mula menilai melalui pandangan pertama atau melalui apa yang mereka lihat atau dengar. bukan mahu menyiasat tapi terus membuat tafsiran.
Sebagi contoh yang mudah, orang yang kita lihat naik taxi atau lrt untuk kemana-mana jangan kita anggap mereka tidak ada kereta atau miskin. Jangan terkejut andai dalam kalangan mereka ini berkerjaya dan ada harta malah sangat2 berharta. mungkin mereka sayang akan alam dan tak suka kesesakan lalu lintas yang dorong mereka guna pengangkutan awam.
begitu juga dengan ragam manusia. bila ada seseorang yang kita nampak seperti mangsa, jangan kita terus menilai dia sebagai seorang mangsa, disingkirkan atau dipulaukan. dan bila kita melihat orang lain yang seperti memulaukan atau menyingkirkan jangan anggapnya sebagai pemangsa.
hal ini yang sedang berlaku sekarang. buat aku agak kecewa. aku bukan jenis yang membuka pekung orang. cuma, aku mohon padaNYA moga satu hari nanti mendung akan pergi, suria akan datang, yang kabur itu bakal terang. insyaAllah.

jadi, berdasarkan pengalaman aku yang tak seberapa, buat aku jadi hati2 bila nak berkawan dengan orang, bila nak percayakan seseorang dan yang pling penting bila menghadapi situasi sekarang, aku jadi makin tabah n boleh hadapi benda tu dengan terbuka.
aku mohon pada yang berkenaan, moga dia cepat berubah. kalau kita menggunakan sesuatu yang tak elok pada sesuatu, sesuatu itu akan cepat rosak atau terkena tempias.
moga anda diberi petunjuk..insyaAllah

Monday, July 4, 2011

mungkin kerana rindu

tak tahan merenung matanya. mata saya plak y bgenang air mata. mungkin kerana saya rindu. dan pertemuan hanya sesingkat itu. tak tahan menanggung rindu..tringat kenangan lalu. hati sendu..jiwa pilu. mnunggu saat kite bakal btemu...moga dapat restu..

Friday, July 1, 2011

Beruntungnya jadi seorang Hawa

Assalamualaikum...
hehehehehe..
Hari ni masuk ofis cam besa coz xde asgment. So, agak free sedikit dari biasa..Sempat meluangkan masa untuk menghabiskan bacaan "10 tokoh idola muslimah".
Sangat best buku ni..kredit to someone yang hadiahkan buku ni..time ksih banyak2 erk..
Sedang asyik meneruskan bacaan, mata tertancap pada caption yang menarik bagi saya.
caption tersebut ialah :


Rasulullah pernah berkata , "apabila seseorang wanita mencuci pakaian suaminya, Allah mencatat baginya 1000 kebaikan dan mengampuni 2000 kesalahn dosanya. Bahkan segala sesuatu yang disinari oleh matahari memohon ampun baginya serta Allah mengangkat 1000 darjat baginya."

"Wahai Fatimah, setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membina tujuh parit di antara dirinya dengan api neraka. Jarak di antara parit itu adalah sejauh bumi dengan langit."

"Wahai Fatimah, setiap wanita yang berair matanya ketika memotong bawang bagi menyediakan makanan untuk keluarganya, Allah akan mencatat untuknya pemberian sebanyak yang diberikan kepada mereka yang menangis kerana takut kepada Allah."

beruntungnya para wanita di dunia ni..
Alhamdulillah...

Thursday, June 30, 2011

Alhamdulillah

sesungguhnya
Engkau Yang Teragong
maha pencipta sekalian kewujudan

Sungguh
aku insaf
pada limpahan ilmumu
tak terbanding sedikit ilmu para ilmuwan dunia
aku syukur
anugerahmu penuh mewah
menghidupkan bumi
memberi roh pada jasad
syukur padamu
aku
boleh mengenal dunia
boleh mengenal ibu bapa
juga saudara
Alhamdulillah

Wednesday, June 29, 2011

aku y sedang marah

Selagi boleh
menahan rasa
aku menahan
tak mahu ada yang terluka

memang
tidak aku nafikan
hipokrit itu harus aku hindar
tapi jangan lupa
kita ini hidup bermasyarakat
ada masanya
perangai kita yang biasa
tidak boleh kita biasakan
ada masanya
cara kita
sedikit berlawan dengan tona masyarakat

"menari mengikut rentak"
kiranya itu analogi yang sesuai
tapi itu tidak bermakna kita tiada pendirian
tapi kalau cara kita menimbulkan masalah
tiada salah mengikut rentak yang sedang berkumandang

aku sedikit tidak berkenan
jika hipokrit itu
dijadikan alasan
mungkin cara kau dibesarkan
atau persekitaran kau membesar
tapi
jangan fikir kau sorang
orang lain juga ada perasaan
cakap biar beradab
intonasi perlu jaga
sebab aku tak nak mengikut rentak kau
yang sedikit bercanggah dengan rentak yang sedang aku dengar
bukan kerana aku sahaja yang terluka
tapi ramai yang berkata
bukan sebab tidak mahu aku terluka
'tapi tidak mahu kau dikenal sebagai peluka

thanks
pesanan untuk diri aku sendiri juga

aku yang mencari makna

ada masanya bila kita membeli baju
banyak kali kita tersalah tafsiran
tersilap menduga
pada saat kita memandang untuk kali pertama
hati berkenan
mungkin kerana warna kegemaran
mungkin juga kerana design yang menawan

disebabkan hati yang dah berkenan
maka kita terus membuat keputusan
"aku nak beli" baju itu
kita sudah rasa yang baju itu sudah sesuai dengan kita

namun

balik ke rumah
bila dicuba di depan cermin
rupa-rupanya
baju itu sedikit kecil atau sedikit besar
buat kita nampak gemuk atau terlalu kurus
rupa-rupanya pandangan pertama yang berkenan
tidak menjamin keselesaan
tidak menjanjikan kesesuaian
mmmmm
bila perasaan yang bersarang
akal tidak lagi jadi taruhan
keputusan sedikit songsang

aku
sekarang tidak lagi senang membeli baju
kerana seringkali aku tersilap memilih
yang aku suka kadangkalanya tidak sesuai dengan aku
yang aku tidak suka rupa-rupanya sangat sesuai dengan aku
tapi apa-apa pun
mencuba itu perlu
aku semakin semangat
semangat untuk mencuba
dan sekarang masih mencuba
kiranya baju itu sesuai untuk aku
walaupun hati kurang berkenan
mungkin aku boleh belajar menerima
berlapang dada

jika dibandingkan luka
bila yang kita suka tak "cocok" dengan kita
pastinya berat hati
untuk melepaskan berbanding menerima

maka aku
belajar menerima
cuba melepaskan
harus aku terima fakta
tidak semua milik kita
kita perlu cari milik kita...

Sunday, June 19, 2011

aku y gemuk???




aku ni gemuk ke?






aku ni gemuk ke??
huhuhuhuhu
sape la y nak jadi camni...huhuhuhu
tak taw macammana badan boleh naik. Nak kata sebab makan banyak rasanya tak. Nak kata kurang bersenam,mmmmmm mybe mungkin..hohohohoo
Kehidupan di kampus tak sama dengan kehidupan di rumah atau di sekolah.
kalau masa sekolah rendah boleh main bola jaring, hoki, bola tampar, n so on...tp tu masa sekolah rendah la..hehehe
memang aku antara orang yang xbrapa dot3 masa zaman sekolah rendah.
bila dah masuk alam sekolah menengah, rasa malu cam makin tebal. Mungkin sebab dah nak berubah title drp sorg kanak2 kpd remaja. Malu utk bsukan. Hanya bmain bola tampar secara tak aktif. Di sekolah menengah xtvt sukan mmg xbanyak tapi lebih cenderung pd public speaking.mmmmm
Rasanya zaman sekolah menengah menjadi detik permulaan perubahan berat badan aku yang mula dot3..huhuhuhu
kalau nak salahkan sebab aku dok asrama n makan 6kali shari xbole...mmg xbole (sambil geleng kepala)
sebabnya masa skolah rendah aku dk asrama gak...adoyaiiiiii
pastu masa tggu result spm, aku p keje kat Johor. Masa tu jd operator kilang. Lam 2 bulan.
masa balik umah, sume orang terkejut. aku jadi kurus giler...hehehehhehe (tlompat2 sebab tlalu hepy) sampaikan ada jiran n abah aku sdiri tertukar antara aku adik aku y nyata mmg slim dari aku.
huhuhuhu
bila form 6, badan aku agak stabil. Mybe mungkin sebab aku dok umah sewa n jalan kaki p skolah. N yang paling penting, minda pun agak letih masa stdy form six. papepun mmg best sgt2 jd student pra-u.hehehehe
bila masuk USM, pada awalnya, aku masih mantain..nak kata kurus tu xla..tp xgemuk cam sekarang (sambil merenung diri)..cuma di USM, aku pun xtaw puncanya..masa first year aku agak kurus. dari segi bsukan aku kurang aktif lebih aktif dgn perwakilan kolej.
bila masuk second year aku makin aktif dgn aktiviti riadah..main bola tampar, bola jaring, futsal n slalu p hiking...tapiiiiiii.......
aku jadi makin berisi bila aku keje masa cuti sem.
aku cuba menggunakan formula yang aku guna masa tunggu result spm, keje n kurus.
tapi malangnya, kejadian sebaliknya berlaku..huhuhu
badan makin naik...salah aku atau salah formula atau salah apa erk??
fikir punya fikir, rupa2nya mybe mungkin sebab aku mkn pd awal pg dan lewat malam sebab xsempat nak makan waktu siang..adoyaiiii...(mybe mungkin salah aku)
paling berkesan dihati bila balik kampung, sume orang tegur..awat muka cheq nampak bulat?awat cheq makin gemuk?awat cheq?mkn byk ka?adoyaiiii..y pling xbole tahan, masa blik umah nenek aku, dye siap ukur ag aku ngn dia..huhhuhu..sedih...(ayaq mata dah meleleh)
dalam usaha aku utk kurus, ada plak ayat pedas daripada sorg shabat y berbunyi " awat hang ni kasa?aku tengok hang makin hari makin besar?" (aku meraung2 dalam hati.
tidak ku pinta jadi begini...hohohoho
lantas dengan azam y membara aku memulakan misi untuk kurus kembali.
ditambah plak ada sorg junior y sggp bpuasa kalau aku dah kurus n ada sorg y nk blnja mkn..ahahhaha...
oooopppppsssss, aku tak nak jadi kurus. aku cuma nak kurangkan berat badan. bukan sebab aku nak jadi cantik n buat orang puji atau semata-mata sebab aku dicabar atau ada orang nak puasa. tapi aku nak kurangkan berat badan sebab aku nak jadi aku. huhuhu
aku dah tak macam dulu. agak pasif n rasa rendah diri. aku nak jadi aku y dulu. aku nak jadi selesa dengan diri aku. bukan aku tak bersyukur dengan kurniaAN Tuhan..tapi tak salah kalu aku nakkan kebaikan kan???:)
tarikh ajal utk aku lapor diri sebagai diri aku y dulu ialah pada 3 september nanti y mana aku akan btemu kawan2 USM ku selepas hampir 4 bulan aku bercuti. sebab sebelum ni aku dah janji y aku akan buat dyeorg tkejut bila dyeorg tgk aku lps cuti sem nanti...hohohoho..
y pling penting, aku nak bjumpa dgn seseorang aku syg..sgt2 syg..aku dah jnji ngn dye y aku xkan jumpa dgn dye slagi aku xkurus..huhuhu..btahun2 aku menanggung rindu..rindu kamooo sgt2 cikgu..huhuhu..nk jmpa ckgu sgt2...(mata dh merah)
dengan bbekalkan azam y tinggi(xtaw brapa meter) aku berazam utk kurangkan bert badan. sape2 y baca post ni, tolong berikan aku semangat.
aku juga telah berazam aku takkan menerima sapa2 dlm idup aku slagi aku xkurangkan berat badan aku..hohohohoho(ada brannnnnn??)
slain tu, antara sebab musabab y aku nk kurangkan berat badan aku ialah, sebab ada beberapa baju n seluar kesukaan y xpernah aku pakai masih tsadai di dalam almari. aku tak nak kewujudan pakaian itu sia2...sebagai pengguna y bijak, aku harus mggunakan barang2 y ada..jadi, plezzzzzzz, berikan aku semangat utk teruskan visi ini.

kalau dulu, aku xbarapa nak sedar y aku ni gemuk..
biasanya setiap kali balik umah, aku akan melafazkan dialog y sma ngn ma aku..begini dialognya
aku : ma owg ni gemukla..
ma : mana ada gemuk..ok la tu..xkurus n xgemuk..sedang2..cantik
aku :mmmmmmm

tapi selepas kejadian y aku keje masa cuti sem,dialog y sama telah berulang..cuma ::
aku : ma owg ni gemukla..
ma : tu la..xjaga body, makin gemuk..org pompuan kna pndai jaga badan..nanti xlawa dh..
aku :hukhukhukhukhukhukhuk..:(((((((((((((((((

p/s : sape y nak jawab persoalan "aku ni gemuk ke" bole la bbuat demikian..huhuhu

Tuesday, June 14, 2011

post sakit hati

berbicara
seolah-olah dia sahaja y punya rasa itu
seolah-olah dia sahaja y punya kebaikan
seolah-olah dia sahaja y punya kebetulan
ilmu kasut itu perlu kamu pelajari
supaya bisa satu hari nanti kamu menyelami perasaan orang lain
bukan jua rasa kamu y dipuja
ilmu tafsir diri itu perlu kamu selami
supaya boleh kamu memahami orang lain bukan semata dirimu




Friday, June 10, 2011

SAHABAT BERSEBAB

Bila persahabatan itu bersebab
ikhlas itu memang tiada
senang diperguna
suka memperguna
cinta bila suka
suka bila duka
duka bila suka

yang memperguna
senang hatinya
bijak berkata
pandai berbicara
untungnya si dia
ada hamba yang boleh diguna

yang diperguna
usah jadi bodoh walau cerdik
kenapa rela dalam terpaksa
sudah tahu akhirnya derita
mengapa tegar diperguna

sahabat
mengapa dicemar nilai ini
mengapa dikotorkan dengan niat
dirosak dengan laku
ikhlaslah bersahabat
kongsilah suka dan duka
jangan hanya tahu memperguna
jadilah yang serbaguna
nilai sahabat
besar tak terhingga