Friday, July 8, 2011

kenangan indah itu (KOSMO!)






kenangan semasa Hari Himpunan Bintang


Alhamdulillah.
hari ini sudah genap tujuh minggu aku, amalina, dan halimaton menjalani latihan praktikal di Kosmo!.
Kalau pada awal minggu (minggu pertama) kami mendoakan supaya masa praktikal ini cepat-cepat berlalu. Tapi menjelang minggu-minggu terakhir ini kami rasa ada sesuatu yang membelenggu. Sepertinya tidak mahu pergi malah ingin terus berpraktikal di sini. Bagi aku, sesiapa yang tidak mahu atau melepaskan pleuang untuk berpraktikal di sini adalah satu kerugian yang amat besar.
Jangan tanya kenapa. Hanya yang pernah menjadi sebahagian daripada keluarga Kosmo! ini sahaja yang tahu betapa hebatnya berada di siNi. Bukan mahu mengangkat bakul atau mejulang nama, tapi inilah kenyataannya. Walaupun tempoh yang singkat (2BULAN) tapi banyak benda yang boleh kami belajar. Aku mengaku pada awalnya, kami agak pasif dan kurang bercakap. Mungkin perasaan kami yang pada awalnya melihat wajah-wajah senior yang menggerunkan kami. Bukan wajahnya tidak elok atau sombong, tapi kami yang menakutkan diri kami sendiri untuk menegur mereka. Alhamdulillah, senior-senior di sini sangat-sangat baik. Yang paling penting, mereka sangat mudah dan rajin memberi ilmu jika dipinta. Tidak rugi sebenarnya kalau banyak bertanya walau pada awal2nya kami menghafal skrip selama 5 minit terlebih dahulu untuk bercakap dengan para senior.hehehehe (memang gementar gila). Tujuan hafal skrip ialah :
-takut tersalah tanya
-takut ayat tak cantik
-memang sebab takut
Bermula pada minggu pertama, kami terus sibuk dengan kejohanan Rentap Futsal Kosmo!. Sebenarnya kami bernasib baik kerana praktikal kami pada masa kejohanan ini bakal berlangsung kerana kami boleh turut terlibat sama dengan persiapan atau gerak kerja (walaupun tak banyak membantu). Kami juga turut ada rakan praktikal daripada UMS, kak Zida n Kak Dija yang sangat2 baik dan tidak kedekut ilmu. Mereka lebih pakar berbanding kami kerana mereka terlebih dahulu menjadi family Kosmo dan lebih lama praktikal (6bulan).Sekarang mereka dah habis..(miss them so much!!)
Pada hari pertama, kedua n ketiga praktikal, kami dapat belajar menjadi seorang operator dan PR.HEHEHE.. Kami kena col syarikat2, badan2 atau sape2 je untuk pujuk join kejohanan ni n tukar kategori kejohanan.
Sangat2 banyak cabarannya sebab kita berdepan dengan manusia yang ada jiwa. Kalau tersilap cakap mungkin kena marah sebakul dua itu sudah jadi kebiasaan (tapi bukan kna mrah ngn bos) kena marah ngan orang y kami col.huhuhu
Waaaaaaaaaaaaaaaa, rindunya saat2 jadi operator. Bila dah tiba saat2 genting, masa nama 210 pasukan yang digugurkan daripada kejohanan, masa tu paling mencabar sebab memang lebih daripada 2 bakul kena marah ngn pasukan2 futsal. mungkin lebih daripada 1 trak..hohoho..papepun, nasib baik cakap dalam fon..
Disebabkan kami terlibat dengan rentap futsal, sepanjang minggu pertama ni kami tak diberi tugasan luar.
Pada minggu kedua, kami mula dapat tugasan. Aku dapat tugasan bersama senior yang sangat berpengalaman kat Kosmo! ni. waaaaa, perasaan pada awalnya sangat2 takut. Bila p asgmnt, alhamdulillah, sume ok.
Balik je kat opis, senior y buat berita. Nak dijadikan cerita, ,masa tu senior dh balik. Aku, amalinan n halimaton balik lewat ckit,tiba2
SitI nOOR kAsAnaBilAH!
sTI nOOr!
Kasanabilah!
aLAMAK
bos panggil..alamakkkkkkkkkkkkkkk...takut...cheq takut
bos nak kompomkn sal maklumat y aku n senior p asgmnt td...takut2..
lepas je kejadian tu, aku memang pantang kalau dipanggil oleh bos..terus jadi takut..hahahahhahaha
tapi, lama2 dah jadi ok ckit. Senior sangat banyak memberikan nasihat n tunjuk ajar. rupa2nya bos n semua orang kat family ni sangat baik..huhuhu...ada y muka je nampak garang, tapi hati baik. muka bengis, tapi wah jiwanya lembut. ada y suka mengusik, bergurau. tapi y buat kami terkilan ialah kami dah nak habisssss praktikal..
minggu kedua terakhir, Kosmo! anjurkan Hari himpunan Bintang,kami pun turut menjadi salah sorg sekretariat. Sonoknya.....Bos cakap memang kami bertuah sebab ada masa Kosmo! anjurkan 2 event besar ni. Banyak y boleh kami belajar.
berat je hati nak hbiskan praktikal..
Balik nanti misi kami nak suarakan pada skol utk panjangkan tempoh praktikal n nak sebarkan pada para junior supaya memilih Kosmo sebagai plihan pertama untuk mjalani praktikal. Kami mahu para junior merasai pengalaman kami y sgt2 best ni..
i luv kosmo!..buat family Kosmo!, moga kita ketemu lagi..syg kamooo sume..

2 comments:

halimaton said...

sebar2kan lah apa yang dapat kat sini, pengalaman memang xdapat dijual beli hanya yang bertuah dan bernasib baik sahaja akan memilikinya. tapi tu semua atas kehendak individu tersebut sama ada dia mahu atau tidak memilih jalan yang sudah ada. kadang2 apa yang kita melihat menarik bagi kita mungkin ada yang lain juga turut merasai pengalaman yang sama.apa2 pun pengalaman sepanjang 8minggu disini salah satu tempoh yang amat singkat. pejam celik pejam celik tiba2 sudah hampir ke penghujungnya.

casaimpianaqasa said...

bgantung pda bgaimana kita memandang, menilai dan nbuat keputusan. ada kat cni mmg one of my sweet memories..