Wednesday, June 29, 2011

aku y sedang marah

Selagi boleh
menahan rasa
aku menahan
tak mahu ada yang terluka

memang
tidak aku nafikan
hipokrit itu harus aku hindar
tapi jangan lupa
kita ini hidup bermasyarakat
ada masanya
perangai kita yang biasa
tidak boleh kita biasakan
ada masanya
cara kita
sedikit berlawan dengan tona masyarakat

"menari mengikut rentak"
kiranya itu analogi yang sesuai
tapi itu tidak bermakna kita tiada pendirian
tapi kalau cara kita menimbulkan masalah
tiada salah mengikut rentak yang sedang berkumandang

aku sedikit tidak berkenan
jika hipokrit itu
dijadikan alasan
mungkin cara kau dibesarkan
atau persekitaran kau membesar
tapi
jangan fikir kau sorang
orang lain juga ada perasaan
cakap biar beradab
intonasi perlu jaga
sebab aku tak nak mengikut rentak kau
yang sedikit bercanggah dengan rentak yang sedang aku dengar
bukan kerana aku sahaja yang terluka
tapi ramai yang berkata
bukan sebab tidak mahu aku terluka
'tapi tidak mahu kau dikenal sebagai peluka

thanks
pesanan untuk diri aku sendiri juga

No comments: