Wednesday, June 29, 2011

aku yang mencari makna

ada masanya bila kita membeli baju
banyak kali kita tersalah tafsiran
tersilap menduga
pada saat kita memandang untuk kali pertama
hati berkenan
mungkin kerana warna kegemaran
mungkin juga kerana design yang menawan

disebabkan hati yang dah berkenan
maka kita terus membuat keputusan
"aku nak beli" baju itu
kita sudah rasa yang baju itu sudah sesuai dengan kita

namun

balik ke rumah
bila dicuba di depan cermin
rupa-rupanya
baju itu sedikit kecil atau sedikit besar
buat kita nampak gemuk atau terlalu kurus
rupa-rupanya pandangan pertama yang berkenan
tidak menjamin keselesaan
tidak menjanjikan kesesuaian
mmmmm
bila perasaan yang bersarang
akal tidak lagi jadi taruhan
keputusan sedikit songsang

aku
sekarang tidak lagi senang membeli baju
kerana seringkali aku tersilap memilih
yang aku suka kadangkalanya tidak sesuai dengan aku
yang aku tidak suka rupa-rupanya sangat sesuai dengan aku
tapi apa-apa pun
mencuba itu perlu
aku semakin semangat
semangat untuk mencuba
dan sekarang masih mencuba
kiranya baju itu sesuai untuk aku
walaupun hati kurang berkenan
mungkin aku boleh belajar menerima
berlapang dada

jika dibandingkan luka
bila yang kita suka tak "cocok" dengan kita
pastinya berat hati
untuk melepaskan berbanding menerima

maka aku
belajar menerima
cuba melepaskan
harus aku terima fakta
tidak semua milik kita
kita perlu cari milik kita...

No comments: