Wednesday, July 6, 2011

insyaAllah

Kawan
Tak semua kawan boleh jadi teman. tak semua teman boleh bersama dan seiring sejalan dengan kita bila kita dalam kesusahan. Aku menganggap semua orang sebagai kawan walaupun secara fizikalnya aku kelihatan seperti tidak mesra alam. Yang sudah mengenali , mereka mungkin tahu yang aku ini jenis yang bagaimana.

Aku sangat menyanjungi seseorang yang aku gelarkan sebagai sahabat. ( sahabat aku kategorikan sebagai seseorang yang sentiasa boleh menerima aku seadanya, boleh menerima kebaikan dan keburukan aku tanpa mempertikaikannya, seseorang yang boleh menjadi tongkat bila aku tempang, boleh menjadi payung bila aku dilanda hujan dan yang paling penting boleh jadi "spek mata" kala aku rabun.

memang susah untuk mencari orang sebegitu. sangat-sangat susah.
Alhamdulillah, walaupun tak cukup seribu, Aku bersyukur kerana sepanjang hayat jasad yang masih bernyawa ini , aku banyak ditemukan dengan sahabat-sahabat yang sangat mengerti. Bermula dari zaman persekolahan sehinggalah sekarang ( awal 20-an).
Bila kita dilanda cabaran dan dugaan kita sepatutnya dan wajib bersyukur sangat.jangan tanya kenapa aku cakap camtu kerana aku akan jelaskan di sini dengan pengalaman-pengalaman aku masih tak banyak untuk mengukuhkan hujah aku..heheheh
aku masih ingat, ketika aku masih di sekolah rendah, aku ada beberapa orang kawan (lebih kurang grup la lam 5 o 6 orang). Nama2 kawan aku, ayu, shikin, you, leni,wana, elah . Dalam grup ni ada yang rapat sangat dan tak berapa rapat.. tapi kami memang antara yang berpengaruh dalam kelas kami. masa darjah 5, kami tinggal kat asrama.
nak dijadikan cerita, kami ni walaupun rapat tapi selalu bergaduh, sampaikan pernah aku dan kawan tempah (tempahan haram) satu kelas kosong kat sekolah untuk dijadikan medan kami bertumbuk..hohohohoho (check punya check, ada orang jadi batu api) tak patut betul.aku masa dulu2 memang jenis yang tak berapa nak fikir panjang n cepat melenting tambah plak mulut aku agak laser dlu.selepas satu kejadian (aku xboleh ceritakan) buat aku jadi lebih matang dan menjaga kelakuan.
kejadian2 ini buat aku lebih hati2 untuk berkawan dengan orang.
kejadian yang paling tragis bagi aku ialah semasa di sekolah menengah. masa tu aku perasan ada pandangan mata yang tidak begitu menyenangi aku. kerana apa aku tak pasti. pandangan seperti ada unsur kebencian. rupa2nya, ada orang yang memburuk2kan aku dan teman2 rapat aku (along n achik). adoyaiiiiii
aku jadi pening n agak nak marah masa tu. aku pergi jumpa seseorang yang berkenaan dan cuba selidik apa yang berlaku. rupa2nya salah seorang kawan, yang aku anggap sahabat yang menjadi dalang. hanya angkara cemburu, sanggup mengkhianati persahabatan ini.
aku memang rasa sebak, nak nangis n sakit hati. aku memang pantang orang yang khianat. aku isytiharkan perang ngan orang tu. tapi dalam hati masih sayang sebagai seorang yang pernah bersahabat. aku hanya mahu dia mengaku apa yang dia buat dan aku akan maafkan dia. aku bukan jenis yang hipokrit mulut melafaz maaf tapi hati berkesumat dendam. hampir dua tahun aku tak bercakap dengan dia. Akhirnya, semasa tingkatan enam, aku berlapang dada dan memaafkan dia. Alhamdulillah, maaf yang sesungguhnya, lahir dari hati. sampai sekarang kami masih berhubungan. moga dia bahagia.
sepanjang berada di kampus, lagi banyak ragam kita kan jumpa kerana banyak orang yang ada. yang paling aku tak tahan, bila ada yang pandai berlakon dan hipokrit.
buat2 baik dengan kita sebab ada benda yang dia nak untuk kepentingan dia. mungkin juga baik dengan kita sebab nak tahu rahsia atau apa-apa sahaja untuk kepentingan dia. yang paling tahan orang yang jenis pentingkan diri sendiri. untuk menutup kesalahan atau kekurangan dia, sanggup jadikan orang lain sebagai taruhan.
sudah lumrah, manusia akan mula menilai melalui pandangan pertama atau melalui apa yang mereka lihat atau dengar. bukan mahu menyiasat tapi terus membuat tafsiran.
Sebagi contoh yang mudah, orang yang kita lihat naik taxi atau lrt untuk kemana-mana jangan kita anggap mereka tidak ada kereta atau miskin. Jangan terkejut andai dalam kalangan mereka ini berkerjaya dan ada harta malah sangat2 berharta. mungkin mereka sayang akan alam dan tak suka kesesakan lalu lintas yang dorong mereka guna pengangkutan awam.
begitu juga dengan ragam manusia. bila ada seseorang yang kita nampak seperti mangsa, jangan kita terus menilai dia sebagai seorang mangsa, disingkirkan atau dipulaukan. dan bila kita melihat orang lain yang seperti memulaukan atau menyingkirkan jangan anggapnya sebagai pemangsa.
hal ini yang sedang berlaku sekarang. buat aku agak kecewa. aku bukan jenis yang membuka pekung orang. cuma, aku mohon padaNYA moga satu hari nanti mendung akan pergi, suria akan datang, yang kabur itu bakal terang. insyaAllah.

jadi, berdasarkan pengalaman aku yang tak seberapa, buat aku jadi hati2 bila nak berkawan dengan orang, bila nak percayakan seseorang dan yang pling penting bila menghadapi situasi sekarang, aku jadi makin tabah n boleh hadapi benda tu dengan terbuka.
aku mohon pada yang berkenaan, moga dia cepat berubah. kalau kita menggunakan sesuatu yang tak elok pada sesuatu, sesuatu itu akan cepat rosak atau terkena tempias.
moga anda diberi petunjuk..insyaAllah

3 comments:

hunalis amanim said...

saba ye..

hunalis amanim said...

saba ye..

casaimpianaqasa said...

time kasih awk..sy masih dan cuba bersabar..insyaAllah bertahan selagi mampu..sebagaimana kita buat dulu..