Teman
Mungkin kamu penat melayan
Mungkin kamu lelah bertahan
Mungkin kamu hilang kesabaran
Adanya teman
Seperti aku
Banyak songehnya
Banyak susahnya
Tiada meneyenangkan
Manakan tidak
Kalau hari2 kita bersama hanya kesedihan aku kongsi
Tak mampu aku kongsi kegembiraan
Kerana liku hidupku hanya kedukaan
Kesusahan
Tiada dapat kau menumpang
Aku saja
Yang tidak malu menumpang
Denganmu teman
Teman
Malam ini
Buat aku berkira-kira
Dalam akaun persahabatan kita
Berapa nilai kegembiraan yang aku berikan?
Dan berapa banyak kesusahan yang aku hadiahkan?
Nyata, hadiah kesedihan itu banyaknya melampau
Kegembiraan itu seperti tiada
Malam ini
Aku terfikir
Apa nilainya aku untuk hubungan ini?
Ada nilaikah?
Atau aku ini hanya sandaran?
Atau sekadar melukut di tepi gantang
Yang sudah jemu dipandang
Tiada apa-apa kesan pada mereka
Pada kamu
Banyak sekali
Naluri ini merasa
Ada yang tidak kena
Rasa seperti aku ini buangan yang mahu disorok
Buang secara terbuka bimbang terluka
Mungkin kerana aku manusia
Aku ada rasa
Terima kasih kerana tidak kejam
Tapi, malangnya
Rasa ini membunuhku
Aku seperti terbau buangan itu
Sampai bila aku perlu tidakkan kata hati?
Mengalah kerana sayang?
Tapi sayang dibalas benci?
Menyampah? Jemu?
p/s : andai sampainya waktu, aku harus tinggalkanmu, akan aku berlalu bila tiba saat itu..:(
No comments:
Post a Comment