Wednesday, March 12, 2014

Dia



Dia,
Menjeling dalam diam
Mengintai dari jauh
Menyapa dalam bisu
Mahu hatinya dibaca

Dia,
Kalut dalam teratur
Serius dalam seloroh
Berisi dalam diam

Dia,
Gagah tapi lemah
Beraninya dibuat-buat
Takutnya nampak ketara
Senyum seperti menangis

Aku tahu
Rahsianya mahu diselindung
Fikirnya tiada yang tahu
Geraknya aku hafal
Hatinya aku pegang
Mana mungkin disorok rasa
kalau sembunyinya dalam terang
jelas terpamer pada bebola mata

Jadi,
Hentikan provokasi
Hentikan mainan hati
Mari jadi lelaki
Apa lagi mahu sembunyi?


p/s : gambar sekadar hiasam

No comments: