Lunch di kafe betul-betul membuatkan cik qasa teringat pada kampung halaman, terutama masakan bonda tercinta. Mana tidaknya, kalau makanan yang masuk dalam setiap suapan itu sekadar turun melalui esofogus tanpa ada nikmat menelannya. Cik Qasa bukan kufur pada nikmat, masih bersyukur kerana kita masih ada peluang untuk makan dan minum rezeki yang halal tanpa perlu bertaruh nyawa untuk mendapatkannya. Tapi sudah lumrah kita, mempunyai lidah yang boleh rasa, pastinya yang lebih enak itu lebih diingati dan dinikmati.
Makanan di kafe bukanlah tidak sedap, enak untuk dimakan, cukup untuk mengalas perut. Cuma, ada satu juadah sampingan yang sepatutnya jadi penyedap makan tengahari telah merosakkan mood untuk makan dengan banyak. apakah ia????
SAMBAL BELACAN..
Sambal belacan yang disediakan agak masin..:( Punyalah bersemangat ambik banyak2 letak dalam pinggan, sekali makan, mak aiii, masin.. tak jadi makan dengan berselera. terus hilang mood. terus semangat nak balik kampung.
Actually sambal belacan ni banyak nostalgia untuk Cik Qasa, my bonda sangat pakar dalam membuat sambal belcan, sambal belacan yang dibuat juga mempunyai kepelbagaian rasa dan kesesuaian rasa bergantung kepada bahan.. haaaa, fahamkah??
Sebagai contohnya, jika buat sambal belacan A, Bawang yang diguna hanyalah bawang putih mentah, cili, belacan mentah (tidak dibakar), air asam limau (jangan campur cuka), dan gula melaka serta garam sebagai perasa. Bahan ini perlu ditumbuk menggunakan lesung supaya rasanya asli. jika bahan ini dikisar, rasanya tidak akan sama. Tidak percaya, cer try..heee
Bagi sambal belacan B pula, bawang kuning dan bawang merah serta belacan perlu dibakar, ditumbuk dengan garam dan gula serta bahan utamanya, lada burung (hijau@putik), serta asam limau...heee
Dalam menyediakan apa2 juadah sekalipun setiap rasa yang dicipta mestilah sesuai dengan makanan tersebut. Sebagai contoh, apabila membuat kari ikan tongkol untuk dimakan bersama nasi dagang. Yang paling penting selain rasa lemak pada kuahnya, isi ikan tongkol memainkan peranan penting dalam memastikan nasi dagang bertaraf A..heeeee
Ikan tongkol perlu direbus (KUKUS) bersama asam keping dan gula melaka dengan kuantiti air yang sedikit sebelum dimasak kari. Dengan ini, isi ikan akan lebih pejal dan ada pelbagai rasa ketika dimasukkan ke mulut. heeeeee
rasa macam buat karangan plak walaupun plot dan isinya berterabur..hahaha
p/s : teringat setiap nasihat bonda setiap kali ke dapur. ingatlah, air tangan wanita itu sangat berkuasa.. ;p
No comments:
Post a Comment