Thursday, April 21, 2011

warkah Buat ma n abah








buat ma n abah,
kalau dahulunya, anak kalian ini hanya seorang bayi,
kalau dahulunya, pada zaman kanak2nya suka menyanyi
kalau dahulunya, anak kalian ini lebih tegar memilih seluar n tshirt utk dijadikan baju raya bbanding baju kurung mahupun kebaya,
kalau dahulunya, anak kalian ini bercita-cita menjadi pengacara seperti zakiah anas,
kalau dahulunya, anak kalian ini banyak cita2nya bertunas,
kalau dahulunya, anak kalian ini ramai kawan lelaki dari perempuan,
kalau dahulunya, anak kalian ini tidak segan bertumbuk dengan lelaki,
kalau dahulunya, anak kalian ini tidak gemar memakai bedak bimbang kelemasan
kalau dahulunya, anak ini tidak mengenal apa itu blusher mahupun maskara,

ma n abah,
kini, anak ini bukan lagi sperti 10 atau 20 tahun y lalu
anak ini mula sedar,
diri bukan lagi bayi mahupun kanak2,
menyanyi ini satu hiburan utk diri sendiri, tidak boleh ditinggalkan,
kini,anak ini lebih gemar memakai baju kurung berbanding t-shirt dan seluar,
kini, tidak lagi mahu jadi pengacara, kerna rupa tak seberapa,
kini, tidak pasti lagi mahu jadi apa
kini, dikelilingi ramai kawan perempuan dan juga lelaki, anak ini suka bersahabat,
kini, tiada lagi bertumbuk..sudah dewasa malu menerpa


anak ini masih lagi seperti dulu,
walau usia menganjak ke 20-an,
masih buta tentang make up,
cuma anak ini tidak lagi lemas memakai bedak,
pengguna tegar bedak carrie junior,
tidak pandai memakai bedak compaq,
ma mula bimbang,
bila anak ini balik,mukanya hangus dan hitam
tidak seperti anak gadis lain
y sudah pandai melawa
anak ini hanya menjawab, anak masih muda,tidak pandai melawa,belum tiba masanya
tapi anak ini faham,
ma mula sedar,anak ini sudah remaja, menganjak dewasa
sampai masanya, akan berumah tangga,
ma mula bimbang, saat anak ini mula sedikit tembam,
ma pesan, jaga badan..
buat ma, anak ini mula perasan perubahan, anak ini mula diet..malu berhadapan kawan2, perubahan berat badan..
anak ini mula sedar, diri bukan lagi kanak2,
saat ma hadiahkan gincu dan eye liner (barangan make up)
pada mulanya, anak ini menolak lembut, bukan menolak tapi anak ini tidak pandai nak guna,
tidak malu mengakui disaat umur begini aku buta..tapi inilah anakmu..
kini, anak ini mula belajar, dan terus belajar
menjadi gadis dewasa,
kerna bila tiba masanya nanti,
anak ini kembara mencari cinta,
bakal berkeluarga,
anak ini, mahu menjadi menteri besar di dalam keluarga,
menjadi orang biasa dalam masyarakat,
tapi mahu berjasa buat keluarga,
anak ini mahu menjadi sepertimu.
hamba y patuh pd tuhan dan agama,
anak y baik kpd kedua ibu bapa,
isteri ybaik kpd suami,
ibu y baik kpd anak2.

ma n abah,
anak ini sedang berusaha
mencari bahagia,
untuk dia, kamu dan mereka..
moga kita mendapat redhanya
anaknya sedang kembara mencari cintaNya..