Tuesday, January 19, 2016

Azam 2016


Memang sangat2 lama tidak menjengah. Atas faktor masa dan ketandusan, aku biarkan sepi beraja.
Atas saranan, aku teruskan bingkisan itu. Moga dengan siapnya naskhah itu, ia menjelaskan segalanya.
Tentang rasa yang sering disalah sangka, tentang hati yang tidak pernah dimengerti.
Dalam usaha aku bermuhasabah, mencari makna diri, ada masanya aku tewas.

Tewas dan lemas namun masih bernafas.

Untuk ruang itu, aku mahu terus gagah melangkah menggapai impian yang belum tertunai. Antara list azam yang aku mahu penuhi utk tahun ini :

1. Aku mahu berubah menjadi lebih baik. - Benar, tiada manusia bersifat maksum, namun ia bukan tiket untuk kita terus melakukan kesilapan. Kehidupan di sana memerlukan bekalan. Aku mahu hafal kembali surah-surah y pernah dihafal dulu. 

2. Aku mahu fokus kepada keluarga. - Sementara masih diberi peluang, tidak mempunyai komitmen lain, aku mahu segala perhatian terletak pada keluarga

3. Aku mahu buat apa yang aku suka. - Aku mahu jadi diri sendiri y galak menganyam kain sendiri. Tidak mahu mengikut rentak y aku sendiri tak faham

4. Aku mahu menawan gunung dan bukit yang meneguhkan bumi - Aku gemuk. Aku tak fit. Aku nak persetankan kedua2nya. Aku mahu mengenal alam dan melepaskan tekanan. Mahu menikmati hidup selagi ada ruang.

5. Aku mahu kurus. - Rasa nak gelakkan diri sendiri sebab berulang kali gagal mencapai misi. Owh man, mengapa perlu bertahun2 tanam misi y sama. Tapi jika difikir balik, takkan usaha aku y ada masanya gagal tu nak dibiarkan sia2 macam tu je. Nak atau tidak, susah atau senang, aku kena buat. Aku kena jadi macam dulu.

6. Aku nak p bercuti - Aku mahu bercuti di pulau, atau tido dalam hutan dan mengenal dunia orang dengan sesiapa y sejiwa dengan aku. Aku nak borak dan sembang sampai aku tak sedar hari ini sudah bertemu esok.

7. Status? - Bab ni nanti aku titipkan dalam post lain.

8. Buat sesuatu y aku belum cuba - Aku mahu melukis, mahu petik gitar n buat apa2 sahaja y aku rasa aku tak pandai, tak suka atau tak minat. Aku tidak mahu nafas aku berakhir dengan sia-sia, Tanpa aku kenal potensi diri y sebenar.


Jom gapai azam sama2.. 

No comments: