Masanya telah tiba
Alhamdulillah...
Sekali lagi diberi ruang dan kesempatan menjejakkan kaki di
bumi Minden ini..
Bumi yang banyak memberi banyak erti dan makna y perlu aku
dan semua ungkap, hurai untuk mencari penyelesaian bagi teka silangkata masa depan
yang terlalu sukar untuk dijangka dan diteka jawapannya.
Terima kasih, terima kasih, dan terima kasih
Buat ma dan abah yang sentiasa sedia dan rela berkorban
mencari sesuap nasi, memerah keringat untuk menambah bekal bagi memastikan
anak-anak mendapat pendidikan yang sempurna. Menjadi jasad bergelar manusia
yang punya akal nurani. Dengan harapan suatu masa, anak-anak boleh berbakti
kepada agama, bangsa dan negara. InshaAllah
Buat Guru/Pensyarah yang tiada jemu dan memberi khidmat
bakti, mendidik untuk pertiwi. Setiap ilmu yang dicurah akan buat bumi sentiasa
basah dengan rahmat, tidak kemarau bahang api. Akhirnya, aku sudah kenal ABC,
123 dan aku tahu yang mana satu keperluan dan keinginan.
Buat Senior
Tanpa anda-anda, mungkin junior ini tidak mampu berdiri di
sini dengan megah. Mungkin ada sedikit luka, tapi hadiah-hadiah yang diberi
tidak mampu dibalas, terima kasih kerana aku dan mereka sudah mampu menjadi
sedikit dewasa, kental jiwanya.
Buat kawan-kawan
Inilah hadiah untuk kita. Terima kasih kerana sudi berjuang
bersama-sama. Akhirnya, selepastiga tahun bersama, sesuatu yang kita mulakan
akan bertemu penghujungnya. Tahniah kawan-kawan.
Selamat bergraduasi!!!
No comments:
Post a Comment