Friday, July 15, 2011

Kenanganku kenanganmu kenangan kita bersama

Assalamualaikum dan salam buat sume..

Alhamdulillah, setelah mengharungi 7 minggu 6 hari, maka tibalah hari ini hari terakhir menggenapkan praktikal aku di sini selama 8minggu. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar.

Tapi ada beberapa detik yang berlaku sebelum ini yang buat aku, amalina dan kak maton berat hati untuk meninggalkan Kosmo!.

Detik pertama :

-sebelum mengambil keputusan untuk memasak spageti, kami telah mencadangkan beberapa jenis menu (cam bykla kan..hohoho) untuk jamuan hari tu..nak buat laksa penang, ikan plak susah nak cari. Nak buat nasi kerabu, kelapa plak yang jadi masalah. Akhirnya, sedang kami meneroka alam Jusco ternampak Miss Spageti yang sedang syok beradu di rak barang.
Akhirnya salah seorang daripada kami mencadangkan untuk memasak Spageti. Aku on je..tapi tak berapa yakin..hoho..mmg besa masak benda tu, tapi takut taste org tak sama ngan kita. akhirnya kami mengambil keputusan untuk melakukan TESTIMONI (hohoho) masak spageti.
Malam tu jugak masak spt y slaloo dibuat n kami meminta jasa baik akak serumah utk jd subjek y akan try mskn kami.
.Alhamdulillah, green light menyala..maka jadilah kami memilih Miss spageti utk dimakan pada hari selasa.
Bukan masakan itu pokoknya, kami sebenarnya sangat2 sedih n tharu bila tengok mereka makan. Rasa cam nak nangis pun ada. Nanti tak dapat masak dah utk korang.
Kemudiannya, pada hari rabu, kami telah berjumpa dengan penyelia kami En. RadzuaN Hassan ( kat cni nama glamor Apot) tapi kami panggil nama sebenar walaupun niat dihati nak panggil gelaran "ayah" . Kami berjumpa dengan dia buat kali terakhir sebelum habis praktikal kerana Apot akan cuti selepas rabu. Waaaaaaa, tiba2 menangis...adoyaiiiiiii..masa tu jugak nak hujan kan..
jangan kata aku manja..sensitif sikit law bab2 berpisah ni..touching2..hohoho
aku masih ingat masa ma n abg hantar aku kat usm masa 1st year, menangis sampai bengkak mata.bkn tak penah berpisah n dok jauh, tapi besala mmg aku ni xbole menghadapi saat2 ppisahan tu..huhuhu
baru2 ni gak, masa kawan (kak huda) anta aku p sungai nibong ( masa tu aku nak balik umah) bole plak aku nangis kan..walhal pasni akan jmpa ag..tu la dia..aku memg sensitif..tapi aku bkn lemah taw..nampak lembut tapi aku Qasa taw..hehehe
Banyak sebab kami sedih bila dah nak pegi dari Kosmo!. Antaranya :

-biasanya awal2 dlu, lam kol 6.50 o 7.ptg aku n amalina (wakil) akan p mntak ngn ayah (En Radzuan) untuk balik. Ada satu masa tu, ayah kata, "tak elok balik senja2. balik la jap2 ag. Pastu dye kata pas smayang magrib balikla". Buat pengetahuan ayah, masa tu kami sangat2 touching giler. Rasa cam ayah sendiri. Time kasih Boss. (nak panggil ayahla plak..)hehehe
Susah nak tengok ayah (xpe kan..hehehe) marah. tegur ngn berhemah..alhamdulillah..
ada satu masa tu, kami g buat permohonan ngan ayah, kami kata law bole nanti jadual utk off day, biar ada dua orang kat opis. Bukan sebab kami takut p asgmnt sorg2,p asgmnt sorg2 xpe, sbb siang kn..cuma kami memang takut giler bila time nak balik umah..huhuhu...tambah plak ada sajian cerita y menarik dan beraksi y mnambah rasa takut kami. kami kan budak praktikal, balik umah naik taxi o bas, pastu naik lrt..sebelum naik taxi kna jalan kaki dulu.. masa jalan kaki tu la y paling menakutkan bagi kami..huhuhu..tambah plak ada anjing..seram lol..time kasih ayah sebab faham..time kasih sgt2..
sume orang kat cni baik2..
masih terngiang-ngiang ayat abg yunus "eiiii, budak praktikal ni slalu nak sentap"..hehehe..kami taw abg yunus saje je kan..ayat je kasar, ganas, tapi hati baik..thanks abg yunus utk sume ptolongan..time kasih gak buat abg fifi..tringat kenangan operator lrt "pandan jaya"...maklumlah p keje balk keje naik lrt..pengaruh..
tak sempat nak bermesra ngan sume orang, tempoh dua bulan y singkat tapi banyak kenangan n pengalaman..yang pastinya kami akan merindui anda sume..kak pearl, kak kamilah, kak suhana y, kak suhana v, kak jega, abg hisham, abg jun, abg hakim, abg yunus, abg kumara, abg aizim, abg long, lili, kak izyan, abg fifi, abg aziran,kak des, kak muni, kak syanika, abg ikhsan, abg fazli, para editor, boss ( en haradian, en romzi, en hamdan, en samsor, en jamdi, en zaid, en mir arzeri, en azimi, en zunhairi, en wan hasnan,en lokman, en Mohd Noor, en baharom n ayah kami.. n warga foto, abg fatah, che wan, en azhar, n lain2 y sgt baik n mesra,

sat g sy smbung citer balik ye..nak ambik feel jap..hehehe

Wednesday, July 13, 2011

note for myself

Note from someone

Aspire to reach ur potential
belief in urself
create a gud life
dream about what u might become
exercise frequently
forgive honest mistake
glorify the creative spirit
humor urself and others
imagine great things
joyfull life each days
kindly help each others
love one another
meditate daily
nurture the environment
organise for harmonious action
praise performance well done
question most things
regulate ur own behavior
smile often and sing if u can
think rationally
understand urself
value life
work for the common good
x-ray and carefully examine problem
yearn in improve
zestfully pursue happiness

Friday, July 8, 2011

kenangan indah itu (KOSMO!)






kenangan semasa Hari Himpunan Bintang


Alhamdulillah.
hari ini sudah genap tujuh minggu aku, amalina, dan halimaton menjalani latihan praktikal di Kosmo!.
Kalau pada awal minggu (minggu pertama) kami mendoakan supaya masa praktikal ini cepat-cepat berlalu. Tapi menjelang minggu-minggu terakhir ini kami rasa ada sesuatu yang membelenggu. Sepertinya tidak mahu pergi malah ingin terus berpraktikal di sini. Bagi aku, sesiapa yang tidak mahu atau melepaskan pleuang untuk berpraktikal di sini adalah satu kerugian yang amat besar.
Jangan tanya kenapa. Hanya yang pernah menjadi sebahagian daripada keluarga Kosmo! ini sahaja yang tahu betapa hebatnya berada di siNi. Bukan mahu mengangkat bakul atau mejulang nama, tapi inilah kenyataannya. Walaupun tempoh yang singkat (2BULAN) tapi banyak benda yang boleh kami belajar. Aku mengaku pada awalnya, kami agak pasif dan kurang bercakap. Mungkin perasaan kami yang pada awalnya melihat wajah-wajah senior yang menggerunkan kami. Bukan wajahnya tidak elok atau sombong, tapi kami yang menakutkan diri kami sendiri untuk menegur mereka. Alhamdulillah, senior-senior di sini sangat-sangat baik. Yang paling penting, mereka sangat mudah dan rajin memberi ilmu jika dipinta. Tidak rugi sebenarnya kalau banyak bertanya walau pada awal2nya kami menghafal skrip selama 5 minit terlebih dahulu untuk bercakap dengan para senior.hehehehe (memang gementar gila). Tujuan hafal skrip ialah :
-takut tersalah tanya
-takut ayat tak cantik
-memang sebab takut
Bermula pada minggu pertama, kami terus sibuk dengan kejohanan Rentap Futsal Kosmo!. Sebenarnya kami bernasib baik kerana praktikal kami pada masa kejohanan ini bakal berlangsung kerana kami boleh turut terlibat sama dengan persiapan atau gerak kerja (walaupun tak banyak membantu). Kami juga turut ada rakan praktikal daripada UMS, kak Zida n Kak Dija yang sangat2 baik dan tidak kedekut ilmu. Mereka lebih pakar berbanding kami kerana mereka terlebih dahulu menjadi family Kosmo dan lebih lama praktikal (6bulan).Sekarang mereka dah habis..(miss them so much!!)
Pada hari pertama, kedua n ketiga praktikal, kami dapat belajar menjadi seorang operator dan PR.HEHEHE.. Kami kena col syarikat2, badan2 atau sape2 je untuk pujuk join kejohanan ni n tukar kategori kejohanan.
Sangat2 banyak cabarannya sebab kita berdepan dengan manusia yang ada jiwa. Kalau tersilap cakap mungkin kena marah sebakul dua itu sudah jadi kebiasaan (tapi bukan kna mrah ngn bos) kena marah ngan orang y kami col.huhuhu
Waaaaaaaaaaaaaaaa, rindunya saat2 jadi operator. Bila dah tiba saat2 genting, masa nama 210 pasukan yang digugurkan daripada kejohanan, masa tu paling mencabar sebab memang lebih daripada 2 bakul kena marah ngn pasukan2 futsal. mungkin lebih daripada 1 trak..hohoho..papepun, nasib baik cakap dalam fon..
Disebabkan kami terlibat dengan rentap futsal, sepanjang minggu pertama ni kami tak diberi tugasan luar.
Pada minggu kedua, kami mula dapat tugasan. Aku dapat tugasan bersama senior yang sangat berpengalaman kat Kosmo! ni. waaaaa, perasaan pada awalnya sangat2 takut. Bila p asgmnt, alhamdulillah, sume ok.
Balik je kat opis, senior y buat berita. Nak dijadikan cerita, ,masa tu senior dh balik. Aku, amalinan n halimaton balik lewat ckit,tiba2
SitI nOOR kAsAnaBilAH!
sTI nOOr!
Kasanabilah!
aLAMAK
bos panggil..alamakkkkkkkkkkkkkkk...takut...cheq takut
bos nak kompomkn sal maklumat y aku n senior p asgmnt td...takut2..
lepas je kejadian tu, aku memang pantang kalau dipanggil oleh bos..terus jadi takut..hahahahhahaha
tapi, lama2 dah jadi ok ckit. Senior sangat banyak memberikan nasihat n tunjuk ajar. rupa2nya bos n semua orang kat family ni sangat baik..huhuhu...ada y muka je nampak garang, tapi hati baik. muka bengis, tapi wah jiwanya lembut. ada y suka mengusik, bergurau. tapi y buat kami terkilan ialah kami dah nak habisssss praktikal..
minggu kedua terakhir, Kosmo! anjurkan Hari himpunan Bintang,kami pun turut menjadi salah sorg sekretariat. Sonoknya.....Bos cakap memang kami bertuah sebab ada masa Kosmo! anjurkan 2 event besar ni. Banyak y boleh kami belajar.
berat je hati nak hbiskan praktikal..
Balik nanti misi kami nak suarakan pada skol utk panjangkan tempoh praktikal n nak sebarkan pada para junior supaya memilih Kosmo sebagai plihan pertama untuk mjalani praktikal. Kami mahu para junior merasai pengalaman kami y sgt2 best ni..
i luv kosmo!..buat family Kosmo!, moga kita ketemu lagi..syg kamooo sume..

Wednesday, July 6, 2011

kisah seorang sahabat 8- kisah kita





USM jadi saksi perkenalan. Pada minggu orientasi, memang kita tidak saling kenal. mula kenal nama melalui MPDFH. Pada tahun pertama, saya masih ingat, saya tidak begitu rapat dengannya walaupun satu organisasi. Mungkin pada masa itu jawatan sy sebagai s/u kerja dan awak dlm biro menyebabkan sy dan awak tak begitu rapat. sy tiada biro dan kawan2 sebiro.huhuhu namun, bila hampir tamat semester pertama, sy dan awak mula rapat. mungkin disebabkan beberapa peristiwa yang buat sy jadi makin kenal dan ambik kisah pasal awak. sy kesian dan tidak tahan melihat situasi tersebut. sy paling ingat awak tak suka kalau orang panggil awak ahmad kasan (xtawla btul x eja nama). tp sy xnafikan y awak mmg ada iras dye..hehehe.. kita sama2 berjuang n tahan perasaan serta bkongsi pengalaman n cerita masa Bakti siswa kat raub, pahang. masa tu n slpas tu mmg kita jadi sangat2 rapat. buat awak (sahabat sy) awak ingat tak lagi masa kita sama2 bjuang cari duit utk p beijing???huhuhu sedih kan?? masa tu kita dah hampir2 putus asa n putus harapan utk ke beijing. namun atas sokongan awak, sampai gak kita kat beijing kan..(antara kenangan terindah sy masa di usm) pastu kita jadi makin rapat masa semester dua hinggalah sekarang (harap kawan smpai bila2) kita mungkin jadi makin rapat bila kita menghadapi masalah y sma, ditentang orang y sama.. kita dan mereka (tmasuk kak huda) sangat2 rapat. kita saling pertahankan kumpulan kita. sebab kita tida sesape..hanya ada kite..alhamdulillah kita mmapu bertahan. saya paling tak tahan bila tengok kebaikan awak selalooo diperguna..(xmo camtu dh ok??) antara kenangan kita berdua, kita slalooo kuar malam2 pas meeting atau time free smata2 nak mengadu masalah atau mendengar cite salah sorg shabat sy (a.w bkn nama sbenar). awak mesti ingat kan bila kte syok dok bcerita kat a.w, bole plak dye ttidor kn??..hehehe awak slalooo bertekak n btentangan pendapat ngn a.w..kdg2 lucu gak tgk gelagat awk berdua..sy lebih suka jd pmerhati..dk tgh2 je..hehehehe tp kte tggalkan kisah a.w dlu..skrg maw cite byk2 psl awk.. dlm MPDFH, sy mmg sgt2 btime ksih pd awk..awk adlh tulang blkg kami (wawan,dada,bubu,sasa,zaza,syisyi).awk tulang belakang kami.tak taw kalu awk xde, mcmmna kami. kite bkerja bkn atas dasar jwtn.kte bkerja atas dasar pjuangan.awk sgt2 baik.wlpn kdgkala awk sedikit terkilan atau merajuk, tp awk akan cpt cool..sbb kita dan mereka adalh sahabat. awak, antara org y tpksa mnadahkan telinga bila sy bercerita tentang kisah duka..dan mungkin, awk dan mereka adlah watak2 dlm cerita duka itu..kita hanya burung kecik y baru pandai terbang. sudah didoa utk jatuh tsungkur..tp kita setia dan sabar belajar utk terbang. terbang stakat y kte mampu..skrg kte sudah nmpk dunia wlpn bkn seanteronya. antara kenangan y sy xkan lupa bila bercerita tentang awk : 1- awak selalu merungut sebab awk selalu kna mrah ngn pak cik gani atau org opis..hehehe (sebab awk antar org y rajin naik opis) - sy mntk maaf erk..slh kami awk y kena..huhuuh 2- awk mmg sgt setia bila sy ajak utk jd peneman bila sy nk kuar jmpa seseorg....(thanks ye) 3- awk slalu bawak keta law kte nk kuar p mana2 (sbb awk ada lesen..sy xde..hehe) 4- dlm mpdfh, peranan awk mmg mngalahkan kmi MT (awk mmg tulang blkg n org kuat MPDFH), tnpa awk kmi n mereka xkan cmni..time kasih awk.. 5- time kasih sbb pkenalkn tempat2 kat penang kat kmi..awk ibarat pmandu pelancong kami 6- sy masih ingat, bila sidang 2009/2010 sem 11, awk jd konduktor utk kawad n awk juga y handle tarian n pbentangan utk lawatan amal kat beijing..
7- y paling penting wlpn awk bkn sekretariat atau pengarah utk sesuatu projek, kerja y awk buat mngalahkan pengarah projek...time kasih byk2..
- time kasih utk segalanya..
.izwan ali imran wazani..my best prem..

insyaAllah

Kawan
Tak semua kawan boleh jadi teman. tak semua teman boleh bersama dan seiring sejalan dengan kita bila kita dalam kesusahan. Aku menganggap semua orang sebagai kawan walaupun secara fizikalnya aku kelihatan seperti tidak mesra alam. Yang sudah mengenali , mereka mungkin tahu yang aku ini jenis yang bagaimana.

Aku sangat menyanjungi seseorang yang aku gelarkan sebagai sahabat. ( sahabat aku kategorikan sebagai seseorang yang sentiasa boleh menerima aku seadanya, boleh menerima kebaikan dan keburukan aku tanpa mempertikaikannya, seseorang yang boleh menjadi tongkat bila aku tempang, boleh menjadi payung bila aku dilanda hujan dan yang paling penting boleh jadi "spek mata" kala aku rabun.

memang susah untuk mencari orang sebegitu. sangat-sangat susah.
Alhamdulillah, walaupun tak cukup seribu, Aku bersyukur kerana sepanjang hayat jasad yang masih bernyawa ini , aku banyak ditemukan dengan sahabat-sahabat yang sangat mengerti. Bermula dari zaman persekolahan sehinggalah sekarang ( awal 20-an).
Bila kita dilanda cabaran dan dugaan kita sepatutnya dan wajib bersyukur sangat.jangan tanya kenapa aku cakap camtu kerana aku akan jelaskan di sini dengan pengalaman-pengalaman aku masih tak banyak untuk mengukuhkan hujah aku..heheheh
aku masih ingat, ketika aku masih di sekolah rendah, aku ada beberapa orang kawan (lebih kurang grup la lam 5 o 6 orang). Nama2 kawan aku, ayu, shikin, you, leni,wana, elah . Dalam grup ni ada yang rapat sangat dan tak berapa rapat.. tapi kami memang antara yang berpengaruh dalam kelas kami. masa darjah 5, kami tinggal kat asrama.
nak dijadikan cerita, kami ni walaupun rapat tapi selalu bergaduh, sampaikan pernah aku dan kawan tempah (tempahan haram) satu kelas kosong kat sekolah untuk dijadikan medan kami bertumbuk..hohohohoho (check punya check, ada orang jadi batu api) tak patut betul.aku masa dulu2 memang jenis yang tak berapa nak fikir panjang n cepat melenting tambah plak mulut aku agak laser dlu.selepas satu kejadian (aku xboleh ceritakan) buat aku jadi lebih matang dan menjaga kelakuan.
kejadian2 ini buat aku lebih hati2 untuk berkawan dengan orang.
kejadian yang paling tragis bagi aku ialah semasa di sekolah menengah. masa tu aku perasan ada pandangan mata yang tidak begitu menyenangi aku. kerana apa aku tak pasti. pandangan seperti ada unsur kebencian. rupa2nya, ada orang yang memburuk2kan aku dan teman2 rapat aku (along n achik). adoyaiiiiii
aku jadi pening n agak nak marah masa tu. aku pergi jumpa seseorang yang berkenaan dan cuba selidik apa yang berlaku. rupa2nya salah seorang kawan, yang aku anggap sahabat yang menjadi dalang. hanya angkara cemburu, sanggup mengkhianati persahabatan ini.
aku memang rasa sebak, nak nangis n sakit hati. aku memang pantang orang yang khianat. aku isytiharkan perang ngan orang tu. tapi dalam hati masih sayang sebagai seorang yang pernah bersahabat. aku hanya mahu dia mengaku apa yang dia buat dan aku akan maafkan dia. aku bukan jenis yang hipokrit mulut melafaz maaf tapi hati berkesumat dendam. hampir dua tahun aku tak bercakap dengan dia. Akhirnya, semasa tingkatan enam, aku berlapang dada dan memaafkan dia. Alhamdulillah, maaf yang sesungguhnya, lahir dari hati. sampai sekarang kami masih berhubungan. moga dia bahagia.
sepanjang berada di kampus, lagi banyak ragam kita kan jumpa kerana banyak orang yang ada. yang paling aku tak tahan, bila ada yang pandai berlakon dan hipokrit.
buat2 baik dengan kita sebab ada benda yang dia nak untuk kepentingan dia. mungkin juga baik dengan kita sebab nak tahu rahsia atau apa-apa sahaja untuk kepentingan dia. yang paling tahan orang yang jenis pentingkan diri sendiri. untuk menutup kesalahan atau kekurangan dia, sanggup jadikan orang lain sebagai taruhan.
sudah lumrah, manusia akan mula menilai melalui pandangan pertama atau melalui apa yang mereka lihat atau dengar. bukan mahu menyiasat tapi terus membuat tafsiran.
Sebagi contoh yang mudah, orang yang kita lihat naik taxi atau lrt untuk kemana-mana jangan kita anggap mereka tidak ada kereta atau miskin. Jangan terkejut andai dalam kalangan mereka ini berkerjaya dan ada harta malah sangat2 berharta. mungkin mereka sayang akan alam dan tak suka kesesakan lalu lintas yang dorong mereka guna pengangkutan awam.
begitu juga dengan ragam manusia. bila ada seseorang yang kita nampak seperti mangsa, jangan kita terus menilai dia sebagai seorang mangsa, disingkirkan atau dipulaukan. dan bila kita melihat orang lain yang seperti memulaukan atau menyingkirkan jangan anggapnya sebagai pemangsa.
hal ini yang sedang berlaku sekarang. buat aku agak kecewa. aku bukan jenis yang membuka pekung orang. cuma, aku mohon padaNYA moga satu hari nanti mendung akan pergi, suria akan datang, yang kabur itu bakal terang. insyaAllah.

jadi, berdasarkan pengalaman aku yang tak seberapa, buat aku jadi hati2 bila nak berkawan dengan orang, bila nak percayakan seseorang dan yang pling penting bila menghadapi situasi sekarang, aku jadi makin tabah n boleh hadapi benda tu dengan terbuka.
aku mohon pada yang berkenaan, moga dia cepat berubah. kalau kita menggunakan sesuatu yang tak elok pada sesuatu, sesuatu itu akan cepat rosak atau terkena tempias.
moga anda diberi petunjuk..insyaAllah

Monday, July 4, 2011

mungkin kerana rindu

tak tahan merenung matanya. mata saya plak y bgenang air mata. mungkin kerana saya rindu. dan pertemuan hanya sesingkat itu. tak tahan menanggung rindu..tringat kenangan lalu. hati sendu..jiwa pilu. mnunggu saat kite bakal btemu...moga dapat restu..

Friday, July 1, 2011

Beruntungnya jadi seorang Hawa

Assalamualaikum...
hehehehehe..
Hari ni masuk ofis cam besa coz xde asgment. So, agak free sedikit dari biasa..Sempat meluangkan masa untuk menghabiskan bacaan "10 tokoh idola muslimah".
Sangat best buku ni..kredit to someone yang hadiahkan buku ni..time ksih banyak2 erk..
Sedang asyik meneruskan bacaan, mata tertancap pada caption yang menarik bagi saya.
caption tersebut ialah :


Rasulullah pernah berkata , "apabila seseorang wanita mencuci pakaian suaminya, Allah mencatat baginya 1000 kebaikan dan mengampuni 2000 kesalahn dosanya. Bahkan segala sesuatu yang disinari oleh matahari memohon ampun baginya serta Allah mengangkat 1000 darjat baginya."

"Wahai Fatimah, setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membina tujuh parit di antara dirinya dengan api neraka. Jarak di antara parit itu adalah sejauh bumi dengan langit."

"Wahai Fatimah, setiap wanita yang berair matanya ketika memotong bawang bagi menyediakan makanan untuk keluarganya, Allah akan mencatat untuknya pemberian sebanyak yang diberikan kepada mereka yang menangis kerana takut kepada Allah."

beruntungnya para wanita di dunia ni..
Alhamdulillah...