Monday, May 2, 2011

Kami dan Parit Buntar : Bahagian 1

Jumaat (12 a.m to 2.00 a.m)

Lokasi : F25/057

Mood nak tulis blog dengan ayat skema.

Dua orang gadis jelita lagi comel bertungkus lumus mengulangkaji subjek psikologi perkembangan (STU 243)

Merupakan paper minor untuk kedua2 gadis jelita tersebut. Gadis yang diberi nama Hunalis dan Casaimpianaqasa (bukan nama sebenar), paper terakhir untuk Casaimpianaqasa.

Pengulangkajian yang dilakukan beserta memek muka, lakonan dan intonasj untuk memastikan pemahaman yang maksimum untuk memahami setiap proses perkembangan manusia seperti mengandung, kelahiran, tumbesaran, kedewasaan dan kematian ( hanya aksi2 lakonan yang dibenarkan sahaja)

Petang jumaat, Exam STU 243 telah bersiaran secara langsung dari dewan utama PHS II bangunan E41, yang memakan masa selama 3 jam untuk menjawab 120 soalan objektif.

Amat mengejutkan apabila ada dalam kalangan calon telah keluar pada 30 minit yang pertama. Maka , dua gadis jelita tersebut telah rasa dicabar dan tercabar. Oleh hal yang demikian, mereka berdua telah keluar 1 jam sebelum siaran tamat.

Dengan riang hati, dua gadis jelita tersebut telah ke sungai 2 untuk mencari kotak. Selepas balik dari sungai 2, ke kafe untuk menghilangkan lapar.

Pada malam itu, terjadilan satu rancangan yang mengejut. JENG, JENG, JENG, JENG, JENG…

2 gadis jelita bersama 3 orang jejaka telah sepakat untuk ke rumah seorang jejaka. Untuk menghantar rombongan meminang bagi seorang kawan.

Malang tidak berbau, salah seorang jejaka A, (bukan nama sebenar, law nama sebenar ada pangkat Tuan di hadapan ) tidak dapat menyertai rombongan meminang ini.

Maka, si Casaimpianaqasa agak gusar sekiranya Hunalis membatalkan hasratnya untukke sana ekoran ketidakpemergian A. Hal ini demikian kerana A dan Hunalis dikatakan telah berpacaran dan kemana sahaja selalu bersamaan.

Casaimpianaqasa lega kerana Hunalis telah menabahkan hatinya, serta menguatkan semangatnya untuk pergi walaupun yang tercinta tiada di sisi.

Sabtu

Rombongan ini disertai oleh Musliha dan Ammar, jejaka tampan lagi bijak peranakan Johor. Perjalanan bermula pada pukul 11 pagi tersasar dua jam dari masa asal

Singgah sebentar di Kampus Kejuteraan untuk bertemu sahabat Musliha yang dinamakan Fahmi. Anak muda yang berwajah kacukan dari Jitra.

Pukul 1, kami bertolak ke Parit Buntar. Ke rumah jejaka y ingin dipinang. Sebenarnya, sudah lama niat di hati untuk ke rumah jejaka ini. Begitu tertarik kerana rumah jejaka ini dikatakan kehijauan alam. Memandangkan diri ini begitu meminati jejaka kelahiran Perak,maka peluang keemasan ke Parit Buntar Perak ini tidak dilepaskan begitu sahaja.

Alhamdulillah, sekitar 1 .30 lebih kurang, kami telah sampai ke rumah jejaka yang kami namakan sebagai Bio. WAH, asal sampai je kami telah dihidangkan dengan juadah istimewa.

Menunya adalah :

Ikan Puyu dan keli goring

Telur Puyuh masak sambal

Gulai ayam apa antah..dah lupa nama..tapi dagingnya best

Sayur kacang goring

Yang pastinya, mak kepada Bio sangat pakar memasak.

Usai makan, kami solat dan berehat sebelum meneruskan aktiviti seterusnya.

Salah seorang daripada kami telah tewas di ruang tamu, ketiduran.

Sekitar jam 3, kami dibawa melawat di bahagian belakang rumah Bio yang sangat menakjubkan. Terdapat banyak hidupan, spesies burung yang ada di belakang rumahnya. Sangat terja melihat burung unta yang tingginya hampir mencecah 2meter.

Hampir sejam dibawa melawat oleh Bio, kami masuk ke dalam rumah. Tak sampai 5 minit, mak Bio telah menghidangkan teh o panas bersama Spaghetti yang best..

Rajin betul mak Bio masak, sedap plak..Rancangan untuk meminangnya telah dibatalkan. Si perempuan perlu menyiapkan diri dengan kepakaran memasak terlebih dahulu.


p/s : gambar tidak sempat diupload. Untuk keluaran akan datang, akan diupload.:)

2 comments:

Anonymous said...

sapa xreti masak, xleh kawin dgn budak bio tu.. wakakaka

casaimpianaqasa said...

hahaha..taw xpe..sbb budak Bio tu suka makan..:)