Sunday, April 24, 2011

mencari

Bumi ini tidak secerah dulu..
mentari jauh membawa diri..
mendung sering berlabuh..
awan berarak kumpul jemputnya hujan..
bumi ini gelap...
mencari mentari..
menyorokkah?atau tersembunyi di sebalik kepulan awan?
mencari dan terus mencari
mencari ketenangan dalam kekalutan
mencari kefahaman dalam kecelaruan
mencari kemaafan dalam kebencian
mencari memori dalam fikiran
mencari dia y hilang dalam rajukan...
Masih mencari dia y hilang...



Thursday, April 21, 2011

merinduinya



sangat2 merinduinya... moga dia bahagia di sana.. dia di langit aku di bumi.. dia enggang aku pipit.. dia Amerika aku Malaysia.. ku memandang dari jauh.. jumpanya di dalam mimpi.. wajahnya sering hadir menemani saat mata terpejam aku lena.. saat rohku keluar menerawang ke mana-mana.. menangis dalam tidur, mimpi y buat aku takut bertempur, sekadar mimpi atau fantasi y buat aku tak berada dalam realiti.. hanya kebetulan atau khayalan walau hadirnya setiap malam, dalam setiap mimpi moga dapat petunjuk.. berikan aku jalan. indahnya, kalau mimpi itu hanya khayalan kerna aku tidak mahu hidup dalam perbezaan, seperti sang ayam dalam lautan.. mmmmmmm

Maaf


sahabat
rasanya noktah utk hbgn ini perlu diletak pada hujungnya..tika dan saat ini, cam lemah n tak mampu nak tahan...pinta sahabat ini, moga sahabat di sana berbahagia selalu..kiranya itu mungkin y terakhir kita saling membakar. Saya hanya tempat amarah...moga awak hepy2 sahaja di sana..sy mengalah..sy angkat kaki dari dunia awak..dunia awak ngn dunia sy berbeza..salam terakhir buat sahabat y pernah jd kesyangan saya...
thanks

peningla...

adakalanya cemburu awak buat saya tak faham..tingkah awak buat saya gundah..apa dan kenapa?
kenapa begitu tindakannya?apa mahunya?boleh jelaskan????saya pening...kalaula sy pembuat kek dan awak orang y ingin buat tempahan, kalau awak tak nyatakan kek apa y awak nak, camne sy nak buat kek klu ayat awak y pertama awak nak kek tu ikut taste awak???
tolong faham keadaan sy sbb sy xfaham ngn awak....

thanks


thanks buat seseorang y hadiahkan sy buku..sy hepy sgt2 hari ini..saat2 jiwa sdg lemah, dtg hadiah dari awk..hehe..thanks a lot..luv u dear..

my family..hehe





my hepy family..billah's family...

warkah Buat ma n abah








buat ma n abah,
kalau dahulunya, anak kalian ini hanya seorang bayi,
kalau dahulunya, pada zaman kanak2nya suka menyanyi
kalau dahulunya, anak kalian ini lebih tegar memilih seluar n tshirt utk dijadikan baju raya bbanding baju kurung mahupun kebaya,
kalau dahulunya, anak kalian ini bercita-cita menjadi pengacara seperti zakiah anas,
kalau dahulunya, anak kalian ini banyak cita2nya bertunas,
kalau dahulunya, anak kalian ini ramai kawan lelaki dari perempuan,
kalau dahulunya, anak kalian ini tidak segan bertumbuk dengan lelaki,
kalau dahulunya, anak kalian ini tidak gemar memakai bedak bimbang kelemasan
kalau dahulunya, anak ini tidak mengenal apa itu blusher mahupun maskara,

ma n abah,
kini, anak ini bukan lagi sperti 10 atau 20 tahun y lalu
anak ini mula sedar,
diri bukan lagi bayi mahupun kanak2,
menyanyi ini satu hiburan utk diri sendiri, tidak boleh ditinggalkan,
kini,anak ini lebih gemar memakai baju kurung berbanding t-shirt dan seluar,
kini, tidak lagi mahu jadi pengacara, kerna rupa tak seberapa,
kini, tidak pasti lagi mahu jadi apa
kini, dikelilingi ramai kawan perempuan dan juga lelaki, anak ini suka bersahabat,
kini, tiada lagi bertumbuk..sudah dewasa malu menerpa


anak ini masih lagi seperti dulu,
walau usia menganjak ke 20-an,
masih buta tentang make up,
cuma anak ini tidak lagi lemas memakai bedak,
pengguna tegar bedak carrie junior,
tidak pandai memakai bedak compaq,
ma mula bimbang,
bila anak ini balik,mukanya hangus dan hitam
tidak seperti anak gadis lain
y sudah pandai melawa
anak ini hanya menjawab, anak masih muda,tidak pandai melawa,belum tiba masanya
tapi anak ini faham,
ma mula sedar,anak ini sudah remaja, menganjak dewasa
sampai masanya, akan berumah tangga,
ma mula bimbang, saat anak ini mula sedikit tembam,
ma pesan, jaga badan..
buat ma, anak ini mula perasan perubahan, anak ini mula diet..malu berhadapan kawan2, perubahan berat badan..
anak ini mula sedar, diri bukan lagi kanak2,
saat ma hadiahkan gincu dan eye liner (barangan make up)
pada mulanya, anak ini menolak lembut, bukan menolak tapi anak ini tidak pandai nak guna,
tidak malu mengakui disaat umur begini aku buta..tapi inilah anakmu..
kini, anak ini mula belajar, dan terus belajar
menjadi gadis dewasa,
kerna bila tiba masanya nanti,
anak ini kembara mencari cinta,
bakal berkeluarga,
anak ini, mahu menjadi menteri besar di dalam keluarga,
menjadi orang biasa dalam masyarakat,
tapi mahu berjasa buat keluarga,
anak ini mahu menjadi sepertimu.
hamba y patuh pd tuhan dan agama,
anak y baik kpd kedua ibu bapa,
isteri ybaik kpd suami,
ibu y baik kpd anak2.

ma n abah,
anak ini sedang berusaha
mencari bahagia,
untuk dia, kamu dan mereka..
moga kita mendapat redhanya
anaknya sedang kembara mencari cintaNya..