Tuesday, February 23, 2016
tentang hati
PEDIH dan perit
Kenapa perlu diaju soalan yang tiada jawapan
Tapi siapa kita untuk menutup mulut manusia
Sejujurnya, selepas aku rasa seperti melepaskan diri dari satu bebanan, aku mahukan kebebasan, mencari makna diri, aku tekad dan berniat
aku mahu menjaga hati. jaga dengan erti sebenar2nya cakna. tidak mahu diserah pada y tidak sepatutnya
Iye, hati kita Dia y pegang. Kuatkan azam, panjatkan doa. Mohon supaya ia disentuh oleh yang benar-benar layak
Lama aku menyendiri, lama aku menyepi. Iye, ada yang datang, datangnya mencuba, ada yang sekadar menyapa
ramai y kata aku selektif
terlalu mencari y sempurna
sempurna apa jika kita manusia.. maksumnya hanya Muhammad, bukan kita
tapi, selagi ada ruang, kita berhak untuk memilih. siapa y bakal menjadi imam kita, menjadi payung ketika hujan dan menadah telinga mendengar cerita
tapi itulah manusia
Pesan aku pada hati
ada y kau temui hatinya rapuh seperti daun kayu
hangatnya seperti air suam, bakal sejuk sepintas angin lalu
ada juga manis bicaranya buat kau layu
dan ada juga datang menduga atau sekadar mencuba
kau akan jumpa kumbang yang hidupnya jauh menyendiri tidak mahu menyapa
ada juga yang dikelilingi bunga-bunga
ada masanya dia rajin hinggap pada bunga
aku mahu jadi bunga y terpilih
bukan bunga y terpaksa dipilih
Ya Zauj y aku tidak tahu di mana kau berada
aku kini sedang menjaga hati
aku harap kau juga begitu
ya Zauj
aku harap kau sedang persiapkan diri
Untuk imamkan solatku
aku harap kau jaga pandangan kau
aku harap, kita berdua sedang berusaha menjadi yang lebih baik
aku tidak mahu tahu bagaimana kau bermula
cuma, aku harap kita sama2 membina syurga
di dunia dan sana
aku tidak mahu mengira setiap kekurangan kerana aku juga kurangnya tidak terhitung
mari sama2 menerima dan mencakupi hidup
pesan hati aku
kau jangan cepat memberi mahupun menerima
jangan juga terlalu keras atau payah menerima
kadang yang hadir akan pergi tak kembali
tapi hati aku kata jangan gusar
Allah kan ada. Dia tetapkan segalanya. Dia ada utk aku dan kita
Kau, teruskan berdoa, jangan lelah dan penat...
Subscribe to:
Posts (Atom)