Wednesday, September 19, 2012

Masanya telah tiba



Alhamdulillah...

Sekali lagi diberi ruang dan kesempatan menjejakkan kaki di bumi Minden ini..

Bumi yang banyak memberi banyak erti dan makna y perlu aku dan semua ungkap, hurai untuk mencari penyelesaian bagi teka silangkata masa depan yang terlalu sukar untuk dijangka dan diteka jawapannya.

Terima kasih, terima kasih, dan terima kasih

Buat ma dan abah yang sentiasa sedia dan rela berkorban mencari sesuap nasi, memerah keringat untuk menambah bekal bagi memastikan anak-anak mendapat pendidikan yang sempurna. Menjadi jasad bergelar manusia yang punya akal nurani. Dengan harapan suatu masa, anak-anak boleh berbakti kepada agama, bangsa dan negara. InshaAllah

Buat Guru/Pensyarah yang tiada jemu dan memberi khidmat bakti, mendidik untuk pertiwi. Setiap ilmu yang dicurah akan buat bumi sentiasa basah dengan rahmat, tidak kemarau bahang api. Akhirnya, aku sudah kenal ABC, 123 dan aku tahu yang mana satu keperluan dan keinginan.

Buat Senior

Tanpa anda-anda, mungkin junior ini tidak mampu berdiri di sini dengan megah. Mungkin ada sedikit luka, tapi hadiah-hadiah yang diberi tidak mampu dibalas, terima kasih kerana aku dan mereka sudah mampu menjadi sedikit dewasa, kental jiwanya.

Buat kawan-kawan

Inilah hadiah untuk kita. Terima kasih kerana sudi berjuang bersama-sama. Akhirnya, selepastiga tahun bersama, sesuatu yang kita mulakan akan bertemu penghujungnya. Tahniah kawan-kawan.

Selamat bergraduasi!!!