Thursday, May 16, 2013

Secebis memori

Selamat hari guru - GAMBAR HIASAN

Dulu-dulu, saya bukan pelajar yang rajin membuat homework. Jika cikgu tidak kenakan denda atau bertegas, rasanya saya tidak akan pernah merasa bagaimana nikmatnya patuh pada arahan cikgu.
Namun, segala-galanya berubah secara total semasa berada di Tingkatan enam rendah. Waktu itu, mendiang Cikgu Kang Choo Bee, menggantikan guru BM kami yang cuti bersalin.

Sebelum ini pernah mendengar rintihan daripada kawan-kawan daripada kelas sebelah akan perihal Cikgu Kang yang dikatakan agak 'skema'.
Rasa sangat takut dan berdebar untuk berdepan dengannya.

Ternyata telahan kawan-kawan saya sangat tepat. Dua tiga minit sebelum masa pengajarannya tiba, dia sudah pasti tercegat di koridor kelas menanti gilirannya mengajar. Masuk sahaja di dalam kelas, dia akan memberikan edaran nota yang terdiri daripada kertas A4 yang model lama , warnanya sudah kekuning-kuningan. Tapi, saya agak suka dengan bau kertas lama tersebut. Bau yang klasik.
Mungkin usia kertas tersebut sudah lebih daripada lima atau 10 tahun.

 Sepanjang bergelar pelajar, belum pernah dalam hidup saya, buku nota saya (EXAMINATION PAD) berubah ketebalan daripada setengah sentimeter menjadi 2 inci tebalnya. Begitulah bayangan betapa banyaknya nota yang diberi oleh mendiang cikgu kepada kami.

Pengalaman sesungguhnya sesuatu yang mahal dan sangat bernilai. Pengalaman cikgu yang sudah lama mengajar meneybabkan cikgu boleh tahu siapa yang meniru siapa, senang sahaja menghafal nama dan saya mula mengagumi sikapnya. Dia tidak pernah bangun lewat, malah setiap hari akan bangun seawal jam empat pagi untuk memulakan sebarang aktiviti.

Jelas sekali skema itu sebenarnya komitmen beliau yang sangat berdisiplin dalam menjalankan amanah sebagai seorang pendidik. Paling tidak boleh dilupakan, setiap pagi, cikgu akan menunggu kami di depan pintu pagar sekolah untuk mengutip buku latihan.

Pernah suatu hari, ketika menghantar buku, cikgu menyoal sesuatu.
"Awak nombor tiga kan?"

Saya masih terpinga-pinga. Tiba waktu perhimpunan sekolah, barulah saya tahu, ranking keputusan peperiksaan. Boleh dikatakan setiap pelajar cikgu hafal markahnya.

Setiap orang wajib menghantar buku pada waktu awal pagi dengan tujuan tiada sesiapa yang boleh meniru kerja rumah yang diberikan. TERIMA KASIH CIKGU. Hasilnya setiap tugasan yang diberikan saya siapkan, dan saya sudah makin rajin walaupun malas itu agak sebati.

Daripada takut, saya dan kawan-kawan boleh jadi rapat dengan cikgu. Saya masih ingat cikgu menghantar saya dan kawan untuk ke perhentian bas kerana hari hujan. Saya masih ingat nasihat cikgu semasa menghantar saya dan kawan-kawan ke pertandingan Bahas ala Parlimen.

Yang paling membekas, kenangan saya, Irah, Aen dan Pei Lik yang 'memaksa' cikgu untuk memberikan kami kad hari raya. Waktu itu, cikgu berasa malu dan gelagat cikgu waktu itu sangat comel.

Masuk di dalam kelas dan buat-buat tanya soalan. Rakan-rakan yang tidak tahu hujung pangkalnya terpinga-pinga.

Itu adalah kenangan manis kami bersama cikgu. Buku nota yang tebal, menghantar tugasan pada setiap pagi, dan kertas nota kuning yang berbau klasik itu akan saya kenang. Terima kasih cikgu.


p/s : terima kasih buat ma dan abah, cikgu-cikgu, guru-guru agama, dan semua pensyarah yang telah mendidik saya sepanjang kehidupan ini.

Saturday, April 20, 2013

Ayam Panggang

gambar drp http://bukumasakanku.blogspot.com


sedang aku m'gugel mencari blog2 yang menarik, aku terjumpa satu blog. resipi raidah.blog ni banyak bkongsi resipi2 yang banyak ditranform oleh empunya blog.. nampak sangat2 menarik dan menggugat iman.

tambah plak, hari ni, kafe tutup. jadi, tahap kelaparan tiba2 jadi menggila.. rasanya dah lebih 21 lagu yang dinyanyikan dalam bilik karaoke miss perut..adoyai..y lagu pasni dengar katanya lagu 'feel' daripada Robbie Williams..adoyaiii..

Siyesly, memang lapar tahap gaban...dalam hati da plan balik umah nanti nak masak sumething yang tsangat2 sedap..hoho

sedang aku dok godek2 resipi dalam blog tu, aku terjumpa resipi ayam panggang yang nampak sangat menarik..boleh jatuh bijik mata depan pc..hoho

ayam panggang ni meninggalkan satu 'kesan' dalam hidup aku. dan sebab ayam panggang la aku jadi diri aku sekarang...gtuuuuuuu(bjangkit ngan abg Megat)

Al-kisahnya, masa aku kecik2, dalam empat o lima tahun and abg aku (beza tiga tahun) mengaji  dengan ma n abah kami yang tersangatlah garang tapi baik.

dalam dok mengaji, ma bgtaw, sapa yang dapat habiskan muqaddam (surat kecik) , ma akan masakkan ayam panggang yang besar. besar sangat2..Ma mendepakan tangannya..ok, besar giler la ayam tu kan..bila dah berdepa tangan ma. n seekor ayam tu hanya untuk seorang..ok..aku memang rasa tercabar. maka aku makin rajin (makin rajin sebab dulu rajin je) mengaji.

lalu, ketika aku berumur enam tahun, aku berjaya mhabiskan muqaddam..yezzzzzaaaa..pastinya dalam kepala otak aku sudah membayangkan ayam panggang yang bakal aku ratah sorang2..mesti abg aku jeles gilerr kan..haha

tapi, ku sangka angan jadi kenyataan, rupanya angan hanya impian..bila diajukan tentang tawaran hadiah tersebut, ma meminta supaya aku menunggu abg aku menghabiskan muqaddam terlebih dahulu..she ask me to be a toleransi's person..(kecek ore putih meta, salah dop ahu)

ok..fine..aku tunggu..demi ayam panggang, aku rela tunggu. bila dah masuk darjah satu, barulah aku dapat merasa ayam panggang yang dijanjikan..

tapi, bentuk ayam panggang tidaklah seperti yang aku bayangkan, saiznya yang besar satu depa..hahahahaaa

dan ayam panggang yang seekor itu kami kongsikan berdua. walau tak macam bayangan, aku tahu kenapa ma n abah janjikan ayam panggang gergasi tu.. sebab dia nak push kami supaya rajin mengaji..

Alhamdulillah, aku kenal ALIF, BA , TA..terima kasih ma n abah sebab jadi cikgu terbaik untuk kami..:)

Friday, April 19, 2013

semuanya tentang gosip



korang pernah tak digosipkan dengan mana-mana lelaki atau perempuan masa sekolah dulu2? opkos la pernah kan..memang sangat2 jarang manusia yang terlepas daripada gosip. tu la yang menambah asam dan garam kehidupan kita yang manis ni.Biasanya kita akan digosipkan bila kita rapat dengan seseorang atau 'kuch2 hota hai (sesuatu telah berlaku).buat pengetahuan, gosip dalam longat kelate dipanggil 'gella'.

Bila diingat balik tentang peristiwa digosip, nak tergelak pun ada, geram pun ada. Aku masih ingat peristiwa aku menumbuk seorang kawan lelaki (senior setahun) di belaKang blok asrama pompuan, berdekatan dengan pokok betik.

semuanya sebab angkara mulut puaka dia, gosip aku dan someone tersebar dengan meluas. dan disebabkan gosiplah, aku pernah terjun tiga anak tangga di sekolah sebab nak larikan diri daripada bertembung dengan orang yang digosipkan dengan aku.

aku pernah lari sekeliling sekolah sebab dikejar oleh orang yang digosipkan dengan aku.
semua kejadian ni berlaku ketika aku masih di sekolah rendah..

sekarang ni kegilaan seperti itu sudah tak ada, cuma bila dah agak dewasa sifat malu yang bertambah.

bagi aku, gosip tak membangunkan minda langsung malah merosakkan hubungan.


Yang paling aku tak suka bila belum sempat nak rapat, dah kena gosip..
tak sempat nak bina hubungan rapat.huhuhu
hubungan yang tak rapat mungkin akan jadi makin jauh. ye la,belum sempat nak bertegur, dah kena gosip. Bila kena gosip, opkosla kita jadi malu..huhu

yang paling penting, janganlah kita gosipkan orang yang sudah berstatus dengan orang yang single atau yang juga berstatus. y berstatus tu merujuk kepada suami atau isteri orang. gosip ni mungkin mainan sekadar hiburan,nampak kecil tapi siapa tahu perkara yang kecil ini boleh merosakkan hubungan suami isteri.

Saturday, March 23, 2013

FOBIA





Wah, bila bukak pintu masamanis, penuh ngan habuk..lamanya tak kemas..sory ye..selama ni dok kat kag..kg kte mna ada line fon, inikan pula internet..kg kte tu kampung betul..ada hutan, jeram n air terjun..hehehe
kte nak cite kisah kte masa kte dok kat kg..after bgraduasi..kte dok belajar mmndu,coz b4 keje kte nak ada lesen dlu..
Secara benarnya,  pengalaman kemalangan tu buat aku betul2 takut, gerun, dan istilah yang seumpamanya. Selepas tu, timbul sindrom fobia apabila aku naik keta..asal nak berselisih ngan kenderaan lain, rasa gerun.dok terbayang akan accident je..huhu
Betapa takutnya menghadapi saat tu..mulalah terbayang akan mati masa tu, dunia bergegar macam nak kiamat. Nak dijadikan cerita, hari tu lain dari yang biasa..
Biasanya, aku akan balik paling lewat jam 12 tengahari selepas belajar memandu. Dan biasanya jugak aku akan balik ngan abah aku.
Hari tu, aku dan dya belajar keta bersungguh-sungguh, hampir tiga jam, aku dan dye je dok bawak (drive) kete tu. Masa tu jugak aku dan dye dok bercerita panjang lebar sal diri masing-masing. Masa adik aku nak datang ambik aku kat litar (tempat belajar memandu), aku cakap aku nak balik ngan cikgu. Pertama kali aku balik ngan cikgu pas belaja memandu.
Dalam kol 3, baru kami bertolak untuk balik. Masa tu, aku rasa mengantuk sangat. Aku tengok dya di sbelah, dya pun sama mengantuk. Kami sempat berbalas senyum.
Tiba-tiba

Aku rasa kepala aku bergegar, macam terhantuk. Badan terhumban kat depan. Aku dengar jeritan dya. Bila aku bukak mata, muka dya dah berderah. Bibir dye pecah. Aku tengok orang kat luar dh ramai dok kerumun keta kami,…adoyai.

Syukur, aku Masih panjang umur..juga dya dan cikgu.
Bila aku keluar dari kereta, aku terpandang di cermin, ada benjol sebesar bola besbol kat kepala..ya Allah, terus tangan menggigil, baru aku rasa sakit.
P hospital, xray, tulang n tengkorak xde y retak..now, dah hampir 3 bulan berlalu. Kat dahi aku masih ada kesan cam remuk tulang. Mata aku masih lebam..dari warna purple jadi biru n then hijau pastu coklat..macam2 warna..nasib baik la xde y cedera teruk.
Dya dapat 10 jahitan kat bibir. Siyes, kemalangan tu buat aku gerun nak drive..sekarang aku dah dapat lesen keta (moto sangkut lg). tak pernah lagi aku bawak lebih dari 50km/j.hehehe..gerun wei

Note : sekarang plan nak beli kete, camne nak beli law nak drive tak berani..nak upah pemandu tak mampu..nasib baik duit y ada cukup2 nak beli budu..hehehe :p

Wednesday, September 19, 2012

Masanya telah tiba



Alhamdulillah...

Sekali lagi diberi ruang dan kesempatan menjejakkan kaki di bumi Minden ini..

Bumi yang banyak memberi banyak erti dan makna y perlu aku dan semua ungkap, hurai untuk mencari penyelesaian bagi teka silangkata masa depan yang terlalu sukar untuk dijangka dan diteka jawapannya.

Terima kasih, terima kasih, dan terima kasih

Buat ma dan abah yang sentiasa sedia dan rela berkorban mencari sesuap nasi, memerah keringat untuk menambah bekal bagi memastikan anak-anak mendapat pendidikan yang sempurna. Menjadi jasad bergelar manusia yang punya akal nurani. Dengan harapan suatu masa, anak-anak boleh berbakti kepada agama, bangsa dan negara. InshaAllah

Buat Guru/Pensyarah yang tiada jemu dan memberi khidmat bakti, mendidik untuk pertiwi. Setiap ilmu yang dicurah akan buat bumi sentiasa basah dengan rahmat, tidak kemarau bahang api. Akhirnya, aku sudah kenal ABC, 123 dan aku tahu yang mana satu keperluan dan keinginan.

Buat Senior

Tanpa anda-anda, mungkin junior ini tidak mampu berdiri di sini dengan megah. Mungkin ada sedikit luka, tapi hadiah-hadiah yang diberi tidak mampu dibalas, terima kasih kerana aku dan mereka sudah mampu menjadi sedikit dewasa, kental jiwanya.

Buat kawan-kawan

Inilah hadiah untuk kita. Terima kasih kerana sudi berjuang bersama-sama. Akhirnya, selepastiga tahun bersama, sesuatu yang kita mulakan akan bertemu penghujungnya. Tahniah kawan-kawan.

Selamat bergraduasi!!!

Thursday, May 17, 2012

apa y kita SUKA tak semestinya untuk kita

Sekarang da masuk pertengahan Mei..da banyak y dilalui di sini..
sumenya kat sini di luar perancangan y Cik Qasa buat..
masih teringat masa di skola masa buat program kerjaya, kerjaya y sesuai dgn karakter Cik Qasa law tak salah penganalisis politik, peguam and pakar psikologi n pengamal media..
masa kecik2 dulu Cik Qasa suka sangat tengok iklan Bedak Safi n suka tiru gaya model iklan tuh..hehehe
Cik Qasa suka tengok pembaca and pengacara tv bercakap..n nanti bila da besar nak jadi macam ni la (dlm hati masa tu)
pastu masa mula2 p interview untuk kursus komunikasi (b4 diterima masuk di sini) kat USM, Kampus Kesihatan, Cik Qasa masih ingat lagi jawapan Cik Qasa bila ditanya tentang pilihan major yang akan dipilih jika diterima masuk ke USM..
Salah seorang penemuduga (pensyarah2 USM y jadi panel temuduga) bertanya, apa pilihan major kamu?
Cik Qasa dengan bangganya menjawab, kat skol komunikasi ada tiga major iaitu PEMUJUKAN, FILEM DAN PENYIARAN DAN KEWARTAWANAN (versi bahasa formal). Pilihan saya ialah PEMUJUKAN dan FILEM DAN PENYIARAN. saya tidak minat pada bidang KEWARTAWANAN. Padahal masa tu, daripada 3 panel penemuduga, 2 daripada mereka adalah pensyarah untuk major kewartawanan..hahaha
n y paling penting, yang saya tak suka itulah y saya pilih masa nak tentukan major ketika akhir semester Dua..
masa sy kecik2 bukannya sy taw pape..hanya tahu SUKA..n masa diinterview sy hanya rasa mungkin itu y sesuai utk sy..paling sesuai konon2nya..
tapi bila dah belajar, knl2 dunia, baru tahu y apa y kita tak suka tu seronok sebenarnya jika diterokai..n dari tak suka boleh jadi suka, bkn stakat itu, mungkin cinta o sayang..

n y paling penting, apa y kita suka tak semestinya utk kita..


p/s : da banyak hari tak bole tido malam..seksanya xde nikmat tidur..jd syukurla law berpeluang utk tidow..:)

Wednesday, May 9, 2012

keje y banyak sebelum keje

Biological clock da tak menentu
masa tidow tak taw bila
mata pejam terbuka tak kira masa
tangan menaip laptop da pening
ini baru jadi student
bukan lagi orang bekerjaya
hidup da tak tentu
belum lagi bergelar ibu
hari-hari da tak spt dulu
selalu lepak
atau enjoy selalu
rasanya sem ni tak p tengok wayang lagi..
lepak kat tepi laut
mmmmmm
itulah  namanya kerja sebelum bekerja

nafsu makan da membuak2
nak buat camne belum sampai sejam makan
tenaga da habis dijana
bukan sebab tendang bola
tapi sebab otak ligat mencerna idea
letih minda takpayah nak kata
letih mata sampai jadi mata panda
tak taw bila akan hilang
jangan orang tengok da tak jelita..hahahaha

siyesly rindu zaman skola dulu y tak de tekanan sebegini rupa..huhu