Thursday, May 5, 2011

mmmmmmmmm

Hari ni anta rumet p airpot..sedih..sekarang dok sorg2..dah ramai y balik umah..hari ni gak nenek kak huda meninggal..cian dye..nasib baik dah abis exam..dye balik umah..geng2 y slalo ada ngn sy dh xde..sunyi je..law ikutkan, pg nnti jam 7.30 pg sy,kak huda, wan a, farah, annas, ahmad, n dll akan btolak ke batu ferggi utk b'picnic..tapi wase dh xde mood..kak huda xde..so, skrg ni mood nk hepy2 xde..zeroooooooooooooooo..dk lam blik, kms barang utk blk umah..pstu dk pening sal penginapan msa praktikal nt..adoooyaiiiiiiii
mood skrg nk abiskn pbacaan buku "bibir merayu hati bernafsu" n "nota hati sorg lelaki"

Monday, May 2, 2011

Cerita kami


Kita kenal atas dasar perjuangan
menerima amanah dari sang mantan

kita pelapis generasi mewarisi
walau kita jauh berbeda

bidang tak sama tapi boleh bersama

atas nama perjuangan
kita menjalin perhubungan Janji sudah terpateri kita perlu mewarisi
Atas nama perjuangan ini
kami saling merapati

kami ibarat jari-jari

saling melengkapi

syukur
hari berganti hari
minggu-minggu berlalu
bulan baru mendatang

kita terus berjuang

terus mesra berteman

tiba-tiba
baru aku perasan
jarak antara kita mula renggang

kau seakan hilang tak nampak bayang

apalagi jasad untuk ku pandang

kemana kau teman?
Duhai teman dengarkan

kami berpuisi bukan untuk menyakitkan

sekadar luahan

ini rasa kami
yang ingin kami kongsi

ini kisah jadikan teladan

bagi yang berteman

jadikan ini panduan

ini kisah teman-temanku

bagi mereka
yang jauh dari cerita ini
kami tak bertimbang rasa
kejam
mungkin katanya

buat kau terasa
aku, dan teman-temanku tersenyum bila mereka menjeling
buatmu teman
kami hanya cebisan dari teater besar hidupmu
ini medan hanya monolog sepi

tiada nyata apatah berkuasa

kerna suara hanya tinta manja

berbanding yang punya kuasa bebas bersuara
Renungkan sahabat

di bumi kecil tempat kami

kami selesa di sini
salah kamikah dia mungkir janji?
kamikah yang paksa dia berjanji?
kau pergi membawa diri
tingal kami terus di sini

kami nampak kau dipuncak di tinggi

itu punca kau tak tunjuk diri

kita sudah tidak sama ideologi

tidak mengapa, berbeda itu keunikan duniawi
ciptaan Illahi

Tapi,

aku seperti tidak selesa

rasa rendah diri hina terasa

kau enggang lambang kemegahan

kau dan kami jauh perbezaan

biarlah kami begini

selesa di bumi kecil ini

saling melengkapi seperti dulu dan kini

dan selamanya akan begini
Buat kau
usah diagungkan perhubungan ini
kerna kau sudah tidak kenal haluan
jauh menyimpang
usah bimbang

akan terus berjuang di bumi kecil
kau
amanlah di sana
puncak tinggi yang kau puja
bumi besar yang kau suka....


(20 Mac 2011)
1.10 pm

Kami dan Parit Buntar : Bahagian 1

Jumaat (12 a.m to 2.00 a.m)

Lokasi : F25/057

Mood nak tulis blog dengan ayat skema.

Dua orang gadis jelita lagi comel bertungkus lumus mengulangkaji subjek psikologi perkembangan (STU 243)

Merupakan paper minor untuk kedua2 gadis jelita tersebut. Gadis yang diberi nama Hunalis dan Casaimpianaqasa (bukan nama sebenar), paper terakhir untuk Casaimpianaqasa.

Pengulangkajian yang dilakukan beserta memek muka, lakonan dan intonasj untuk memastikan pemahaman yang maksimum untuk memahami setiap proses perkembangan manusia seperti mengandung, kelahiran, tumbesaran, kedewasaan dan kematian ( hanya aksi2 lakonan yang dibenarkan sahaja)

Petang jumaat, Exam STU 243 telah bersiaran secara langsung dari dewan utama PHS II bangunan E41, yang memakan masa selama 3 jam untuk menjawab 120 soalan objektif.

Amat mengejutkan apabila ada dalam kalangan calon telah keluar pada 30 minit yang pertama. Maka , dua gadis jelita tersebut telah rasa dicabar dan tercabar. Oleh hal yang demikian, mereka berdua telah keluar 1 jam sebelum siaran tamat.

Dengan riang hati, dua gadis jelita tersebut telah ke sungai 2 untuk mencari kotak. Selepas balik dari sungai 2, ke kafe untuk menghilangkan lapar.

Pada malam itu, terjadilan satu rancangan yang mengejut. JENG, JENG, JENG, JENG, JENG…

2 gadis jelita bersama 3 orang jejaka telah sepakat untuk ke rumah seorang jejaka. Untuk menghantar rombongan meminang bagi seorang kawan.

Malang tidak berbau, salah seorang jejaka A, (bukan nama sebenar, law nama sebenar ada pangkat Tuan di hadapan ) tidak dapat menyertai rombongan meminang ini.

Maka, si Casaimpianaqasa agak gusar sekiranya Hunalis membatalkan hasratnya untukke sana ekoran ketidakpemergian A. Hal ini demikian kerana A dan Hunalis dikatakan telah berpacaran dan kemana sahaja selalu bersamaan.

Casaimpianaqasa lega kerana Hunalis telah menabahkan hatinya, serta menguatkan semangatnya untuk pergi walaupun yang tercinta tiada di sisi.

Sabtu

Rombongan ini disertai oleh Musliha dan Ammar, jejaka tampan lagi bijak peranakan Johor. Perjalanan bermula pada pukul 11 pagi tersasar dua jam dari masa asal

Singgah sebentar di Kampus Kejuteraan untuk bertemu sahabat Musliha yang dinamakan Fahmi. Anak muda yang berwajah kacukan dari Jitra.

Pukul 1, kami bertolak ke Parit Buntar. Ke rumah jejaka y ingin dipinang. Sebenarnya, sudah lama niat di hati untuk ke rumah jejaka ini. Begitu tertarik kerana rumah jejaka ini dikatakan kehijauan alam. Memandangkan diri ini begitu meminati jejaka kelahiran Perak,maka peluang keemasan ke Parit Buntar Perak ini tidak dilepaskan begitu sahaja.

Alhamdulillah, sekitar 1 .30 lebih kurang, kami telah sampai ke rumah jejaka yang kami namakan sebagai Bio. WAH, asal sampai je kami telah dihidangkan dengan juadah istimewa.

Menunya adalah :

Ikan Puyu dan keli goring

Telur Puyuh masak sambal

Gulai ayam apa antah..dah lupa nama..tapi dagingnya best

Sayur kacang goring

Yang pastinya, mak kepada Bio sangat pakar memasak.

Usai makan, kami solat dan berehat sebelum meneruskan aktiviti seterusnya.

Salah seorang daripada kami telah tewas di ruang tamu, ketiduran.

Sekitar jam 3, kami dibawa melawat di bahagian belakang rumah Bio yang sangat menakjubkan. Terdapat banyak hidupan, spesies burung yang ada di belakang rumahnya. Sangat terja melihat burung unta yang tingginya hampir mencecah 2meter.

Hampir sejam dibawa melawat oleh Bio, kami masuk ke dalam rumah. Tak sampai 5 minit, mak Bio telah menghidangkan teh o panas bersama Spaghetti yang best..

Rajin betul mak Bio masak, sedap plak..Rancangan untuk meminangnya telah dibatalkan. Si perempuan perlu menyiapkan diri dengan kepakaran memasak terlebih dahulu.


p/s : gambar tidak sempat diupload. Untuk keluaran akan datang, akan diupload.:)

Thursday, April 28, 2011

lapar + windu

Sekarang ni perut tengah menyanyi..hohoho
adoyaiiiiii
law dok kat umah bole masak
apa saja y terlintas bole dimasak
dok kat cini tak bole masak2
waaaaa
seksa

tiba2 teringat kenangan dulu2
saat di perantauan
tiada saudara mara
hanya mengharapkan teman
teringat kat seseorang
y selalu belikan sy makanan
kadang2 sampai tak termakan
asal awak balik kampung je
ada je habuan sy dapat
awk bg kat sy sorg
tp kuantiti tu cam awk bg kat spuluh orang makan
bestnye time tu
awak teman y baik
sy rindu kat awak
rindu sangat
insyaAllah law ada jodoh
kite jumpa ye

Ingat lagi
saat jalan sama2 p pasar malam
sy tgk ayam,
tengok nasi kerabu
tengok macam2
setiap y sy tgk tu
tiba2 ada kat tangan awak dah..
hahahaha
awak baik sangat
awak terlalu baik
bukan sebab awak selalu belikan sy makanan
tapi awak sentiasa jadi peneman
saat sy perlukan teman
windunye kat awak..huhuhu




kAMI TAK PANDAI TERBANG TINGGI

Warkah buat diri sendiri untuk peringatan bersama

Peringatan buat diri sendiri,

Tiada berminat untuk mencari musuh

Tiada berminat untuk membenci dan dibenci sesiapa

Cuba untuk menjaga hati dan tidak terasa hati

Satu hari yang penuh makna,

Mungkin diberi petunjuk

Alhamdulillah

Ketemu satu kenyataan yang memeranjatkan

Mengagumi beliau sebagai seorang senior

Sebagai seorang pemimpin

Hari ini

Semua berubah

Fb yang buat saya tahu kebenaran

Diblock oleh seseorang

MasyaAllah

Apa salah sy

Tertanya2 sendirian

Tidak pernah pula tidak bertegur sapa atau bermasam muka

Lama mencari punca

Tidak mahu berprasangka buruk

Kerana anda merupakan salah seorang y sy hormati

Alhamdulillah

Khabar dari seorang sahabat

Mengukuhkan fakta

Memang sah,

Anda mendengar rintihan sebelah sana

Masya Allah

Hanya kerana 1 rintihan,

Anda sudah boleh membuat 1 keputusan

Membuat satu sangkaan berkenaan sesorang

Memang

Kami

Banyak berdiam

Kami biarka sahaja mereka bicara

bukan kerana kami takut

Tapi kerana kami percaya

Tiada y benar selain y benar

Biar pelbagai helah dan fitnah

Lambat laun y benar akan menang jua

Kepada si dia

Sedarlah

Usah dijaja keburkan orang untuk menutup keburukan sendiri

Muhasabahla

Lambat laun

Apa y anda buat akan datang kepada anda

Apa y berlaku dalam hidup kita ada hikmahnya

Imbaula sejarah anda

Apa y anda buat

apa y berlaku sekarang

cukup2la

Doa anda kami hargai

Mahu melihat bangau y terbang tinggi jatuh tersungkur

Kami,

Tidak ingin terbang tinggi

Kami tak pandai terbang pun

Kami hanya seekor burung

Y hanya mahu bernafas di bumi tuhan

Biar tak mewah

Biar nama tak segah anda

Asalkan kami bahagia

Tenang di bumi tuhan

Tanpa kami mengganggu alam

Kami

Burung biasa

Sedar diri

Banyak kekurangan

Sebab itu tak ramai y nak kawan

Sampai y ada removed kawan

Kepada y removed

Terima kasih

Kami sedar sapa kami

Tapi tak payahla susah2 nak add balik

Sebab kami segan

Sangat2 segan

Nak berkawan dengan sang enggang

Y hebatnya lebih dari burung kebanyakan

Sungguh

Kami segan

Bukan kami tak menerima kritikan

Tapi kami anti orang menghentam

Kami suka y memberi galakan

Kerana itu kunci kejayaan

Alhamdulillah

Walau jadi orang buangan

Masih ada y menghulur bantuan

Time kasih pada y faham

Y hanya tahu menilai tanpa cuba untuk faham

Time kasih juga

Anda buat kami makin tabah

Ini hanya peringatan dan rintihan

Dari seseorang

Y ego seperti khabaran

Tak boleh menerima kritikan

Derhaka pada senior

Tak boleh dipercayai

Hebat sungguh permainan

Moga bumi y gelap ini kembali terang

Kebenaran akan muncul

Walau lambat

Asal burung ini tidak dikata merempat

Hanya menumpang tempat tak sedar diri

Hanya tahu menjunjung langit

Tanpa sedar berpijak pada bumi

Kebenaran

Kebenaran

Kebenaran

Tuesday, April 26, 2011

saya budak baru belajar




Assalamualaikum w.h.t n selamat petang... Hehehehehe nak gelak lagi.. hohohohohohohohoho horrrrrayyyyyyyyyyyyyyy
kegembiraan y separuh amat coz 2 killer paper berjaya ditempuhi dengan selamat...
Alhamdulillah syukur sangat2.. Kalau sebelum ni hidup rasa cam hidup segan mati tak maw... makan tak lalu, tidur makin lena..hohoho saya percaya y rakan2 komunikasi tahun 2, usm (wah, siap maklumat detail) pun merasakan benda y sama. Untuk pengetahuan, 2 paper ni paper last teras y kmi ambik..pasni xde dah..hik1000x
jadi, mmg memerlukan pengorbanan n perlu ditatang bagai minyak y penuh sebab ni paper teras n wajib..law kantoiiiiii...huhuhu..xmaw bayangla akibatnya.. selepas ni kami hanya akan fokus pada paper major n minor je.. syuke3... disebabkan kegembiraan y separuh amat ni, tiba2 tangan rasa menggatal nak belajar edit gambar.. maklumla sy ni buta teknologi
Alhamdulillah,
berkat tunjuk ajar rumet y memg terer bab edit mengedit ni sy dah pandai crop picture..
sangat2 syuke ok.. sebab saya budak baru belajar jadi walaupun sikit pada pandangan orang, sudah banyak pada pandangan saya kejayaan belajar crop picture ni buat saya makin semangat untuk mendalami bidang ni lagipun nak o tak nak, saya memang kena belajar sebab final projek nanti nak buat majalah... so kena pandaila sikit walaupun bukan pakar..hehehe thanks to my rumet..cyunk rumet..hehe hope awk sudi ambik sy jd anak murid awk utk mdalami bidang ni...hehe Alhamdulillah, syukur sangat2.. sesungguhnya seni itu mendamaikan.. menenangkan. kalau betul caranya.. bagi y belum mengerti kenali dulu apa itu seni.. stress sy sudah terubat.. jadi pasni sy boleh fokus utk stdy esok ada paper ag.. triiiit trit trioooouuoooeeeaattttiiiitttttttt wahhhhhh bunyi siren stress sudah datang esok ada paper ag..adoyai.. sahabat2 doakan kami ye.. rasanya dah xde pape nak cakap
nampaknya masa mencemburui kita
hehehe cam teks ucapan lak sy mintak diri dulu wak.. nt senang2 sy jenguk lg k.. burbye..
p/s : hasil kerja saya mengedit gambar ada disertakan sekali..hehe

Monday, April 25, 2011

aku terima nikahnya


Ye, tu memang pengakuan berani mati..hehehe memang saya suka orang Kedah, Penang n Perak tapi law diberi pilihan sy memilih orang Perak Perjanjian antara saya dengannya InsyaAllah jika diizinkan Allah 12/12/12 akan jadi buktinya sebuah masjid akan terbina mohon sahabat untuk doakan kenal tak lama tapi mungkin atas dasar y sama untuk kembara mencari cintanya moga direstui Keluarga insyaAllah tiada halangan asalkan dye berada di jalannya Pada sahabat2, Bila tiba masanya nanti aku terima nikahnya sahabat ini tidak lagi seperti dulu ada batasnya kerana status y berbeza namun jangan kerana status itu kita jauh aku mencintaimu sahabat ikhlas kerananya mendoakan kamu bahagia kerana bahagia itu bukan pada aku kau berhak mendapat y lebih sempurna saat aku terima nikahnya aku maw para sahabat mendoakannya moga kita sama2 bahagia.. bila tiba giliran sahabat aku juga mendoakan kita sama2 bahagia kembara mencari cintanya asal tak sesat mencari jalan menyelusuri liku sebuah kehidupan bersama teman kehidupan susah dan senang insyaAllah dipermudahkan...
p/s: ini kisah sahabat sy..bkn sy..hehehe